merasakan | 1 membiarkan merasa atau merasai; mengesankan: Ia berusaha hendak ~ pengaruhnya kpd anggota-anggota persatuan yg dipimpinnya. 2 memikirkan; menganggap: Ia masih dirasakan penting dlm persatuan kami. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merasakan | 1. = memperasakan membiarkan (menjadikan, menyuruh) berasa atau merasai: ia mencuba sungguh-sungguh utk ~ fahamnya kpd seluruh pendengarnya; 2. merasai, menginsafi, memikirkan, mengendahkan: beliau masih dirasakan penting utk memimpin Jabatan itu; utk memberikan nilai kpd sesuatu keindahan, seseorang mestilah faham dan dapat ~ keindahan itu; dan dirasakannya sekali bahawa tugasnya utk menjaga dirinya sudah semakin bertambah; 3. merasai, menderita: saya rasakan benar-benar kemesraan perhubungan kami; air matanya berderai menahan pedih yg dirasakannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merasakan | 1 membiarkan merasa atau merasai; mengesankan: Ia berusaha hendak ~ pengaruhnya kpd anggota-anggota persatuan yg dipimpinnya. 2 memikirkan; menganggap: Ia masih dirasakan penting dlm persatuan kami. | Kamus Pelajar |
pembabitan | perihal membabitkan: dia merasakan ~nya dlm pertandingan badminton antarabangsa sudah mencukupi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyiat-nyiatkan | ki menghancurkan sesuatu hingga berkecai: aku merasakan pertengkaran kali ini spt ~ hatiku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keriuhan | perihal riuh, kebisingan, kegemparan: orang dapat merasakan kehadiran mereka hanya apabila mereka mengadakan parti-parti kerana ~nya mengganggu orang sebelah; tiba-tiba berlaku ~ dan orang ramai pun tergesa-gesa ke arah gereja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keempukan | keadaan empuk, kegebuan: aku membaringkan diri di atas katil dan merasakan ~ tilamnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memesrakan | 1. memadukan (mencampurkan) sungguh-sungguh; 2. menyenangkan, menyamankan: Nahidah mulai merasakan sesuatu yg ~ pula; 3. menjadikan (persahabatan, diri, dsb) lebih rapat dgn pihak lain: dia tidak lagi memberi ruang dlm hatinya utk ~ dirinya dgn Tuhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyedar | 1. yg menjadikan sedar, yg menyedarkan; 2. yg menyedari atau menginsafi (sesuatu): Latiff merasakan sesuatu yg diharapkannya itu mengajarnya menjadi seorang yg terlalu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpenjara | dikurung (terkurung) dlm penjara atau seolah-olah spt dalam penjara: ramai di kalangan wanita setelah mendirikan rumahtangga merasakan diri mereka ~ biarpun pd mulanya merupakan orang yg paling bahagia; ada segolongan orang yg ~ dlm khurafat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |