rasi | 1. sekumpulan bintang dlm zodiak (mintakulburuj) terbahagi kpd dua belas kumpulan (Akrab, Asad, Delu, Hamal, Hut, Jadi, Jauza, Kaus, Mizan, Sartan, Sunbulat, Saur); 2. ilmu melihat nasib (yg dianggap ada hubungan dgn bintang-bintang), ilmu perbintangan, ilmu bintang; tinggi ~ a) baik bintangnya, beruntung; b) bertuah, berbahagia, sakti; 3. = serasi (se)cocok, sepadan, sesuai: si Banu itu pun nampaknya memang ~ benar dgn kau; ubat yg ~; merasi, merasikan 1. mengetahui jodoh orang dgn menilik bintang (mimpi dll); 2. meramalkan nasib orang dgn membuka kitab tib; menyerasikan menjadikan serasi (secocok, sesuai): kedua-duanya perlu diselaraskan dan diserasikan; keserasian perihal serasi (sepadan, secocok, sesuai); perasian ilmu perbintangan utk membuat ramalan, nujum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merasi | , merasikan 1. mengetahui jodoh orang dgn menilik bintang (mimpi dll); 2. meramalkan nasib orang dgn membuka kitab tib; | Kamus Dewan Edisi Keempat |