meratai | merata di; merata ke segenap: Air yg tumpah itu ~ permukaan meja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meratai | merata di; merata ke segenap: Air yg tumpah itu ~ permukaan meja. | Kamus Pelajar |
sepah | /sépah/; bersepah 1 bertabur di merata-rata tempat; berselerak: Bangkai binatang ~ dan berbau busuk. 2 dpt diperoleh di merata-rata tempat kerana banyak; banyak sekali: Sekarang ini buah durian ~ di mana-mana. menyepahkan menyelerakkan atau menaburkan sesuatu ke merata-rata tempat: Siapa yg ~ kertas di bilik tamu ini? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merata | 1. (menjadi) rata: matanya terpaku ke permukaan laut yg sekali-kali tersebak dan ~; buah padi yg sedang masak, kuning, dan ~; 2. = merata-rata tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, merebak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; 3. = merata-rata serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merata-rata | terdapat di banyak tempat; ada di segenap atau seluruh: Sampah sarap bersepah di ~ tempat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merata | 1 menjadi rata: Permukaan tasik itu kelihatan tenang dan ~ seolah-olah dipepat. 2 tersebar (pergi) ke mana-mana; merebak: Sebentar saja berita kematian pasangan gadis teruna itu ~ ke segenap kampung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merata-rata | serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merata-rata | tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, merebak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepah | (sépah); bersepah, bersepah-sepah 1. = tersepah berserak-serak (dgn tidak keruan), bertabur ke merata-rata tempat: rambut dan habuk ~ di lantai; 2. = menyepah bp banyak sekali (dan boleh dapat di merata-rata tempat): bukankah banyak buah belolok dlm kampung ini, kalau hendak, ~ di tepi jalan; bersepahan bertaburan (berserakan) di merata-rata tempat, tidak teratur atau ter-susun (pakaian, pinggan mangkuk, dll): pinggan mangkuk sisa makanan petang tadi masih ~; menyepahkan menaburkan (menyerakkan) ke merata-rata tempat: majalah-majalah itu disepahkan di hujung gulungan tikarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semerbak | 1 merebak ke merata-rata (bkn bau yg harum); merata: ~ harum baunya. 2 harum; wangi: Berbagai-bagai bunga yg ~ baunya terdapat di taman itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |