Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merendam 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
acap II1. penuh dgn air, terendam dlm air (kayu dll), tergenang oleh air (padang, sawah, dll); 2. terbenam dalam-dalam (kaki dlm lumpur, mata keris pd tubuh seseorang, dll); mengacapi menggenangi, merendam (dgn air).Kamus Dewan Edisi Keempat
rendam; berendam1 berada dlm air, lumpur dll: Setiap pagi dia mandi ~ di sungai. Kerbau suka ~ dlm lumpur 2 terbenam atau tenggelam dlm air, lumpur dll: Tanah yg sudah dibajak itu dibiarkan ~ selama seminggu. merendam menaruh sesuatu dlm air: Dia ~ kain baju yg kotor itu dlm air sabun sebelum mencucinya.Kamus Pelajar
rendam; berendam 1 berada dlm air, lumpur dll: Setiap pagi dia mandi ~ di sungai. Kerbau suka ~ dlm lumpur. 2 terbenam atau tenggelam dlm air, lumpur dll: Tanah yg sudah dibajak itu dibiarkan ~ selama seminggu. merendam menaruh sesuatu dlm air: Dia ~ kain baju yg kotor itu dlm air sabun sebelum mencucinya. terendam 1 sudah diren­dam. 2 terbenam atau tenggelam dlm air dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rejam IIsl seksaan, aniaya: alamat ~ dan azab atas diriku akan terus berlaku; merejam 1. menyeksa atau menyakiti (mengikat kaki tangan dan meletakkan di panas terik dll); 2. menolak kepala dll ke dlm air (kerana menyeksa); merejamkan memasukkan sesuatu ke dlm air sehingga tenggelam, merendam: ambil sebarang bekas kosong dan rejamkan ke dlm air.Kamus Dewan Edisi Keempat
berendam1. berada di dlm air dll: jangan dibiarkan kain ~ lama-lama dlm air; mandi ~ di sungai; 2. = terendam tenggelam (dlm air), terbenam (dlm air), tergenang (dlm air): tanah yg sudah ditenggala itu dibiarkan ~ selama beberapa hari; 3. = terendam ki tidak berbuat kerja, tinggal di rumah sahaja, terbenam (dlm sesuatu hal pekerjaan dll): buat apa dia ~ di rumah sahaja?; ~ air mata tergenang dlm air mata, selalu menangis; ~ sesajak air, berpaut sejengkal tali prb perihal seseorang yg susah hidupnya (serba ke­kurangan); rendaman (Kim) bekas yg dipenuhi air (pasir, minyak, dll) utk memindahkan haba secara seragam kpd objek yg diletakkan ke dalamnya; perendaman perbuatan dsb merendam (me­naruh dlm air).Kamus Dewan Edisi Keempat
asam I1. segala sesuatu yg masam rasanya: dia suka benar makan ~; 2. berasa spt rasa cuka, masam (spt rasa mangga muda): ~ benar buah ini; ~ arang Id asid karbonik; ~ belerang Id asid sulfur; ~ garam a) berbagai-bagai jenis asam ber­­serta garam: segala persediaan diminta oleh bidan, ~ garam, buah keras, dll; b) ki berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka); ~ ko Kd sj buah masam yg dikeringkan, asam masin; tahu ~ garam tahu selok-belok sesuatu; ~ di darat, ikan di laut (= garam di laut, ~ di gu­nung) bertemu dlm belanga = laksana garam dgn ~ prb kalau sudah jodoh akan bertemu juga betapa pun jauhnya (jodoh itu tidak dapat ditentukan); sudah se~ dan segaramnya prb sudah tidak ada celanya (peker­jaan, perbuatan); sudah banyak makan ~ garam prb sudah banyak pengalaman; mengasam membersihkan (sesuatu) dgn asam: ~ keris; mengasami membubuh asam pd; mengasamkan merendam (bahan makanan tertentu) dlm cuka atau asam supaya masam, menjeruk;Kamus Dewan Edisi Keempat
rendam; berendam 1. berada di dlm air dll: jangan dibiarkan kain ~ lama-lama dlm air; mandi ~ di sungai; 2. = terendam tenggelam (dlm air), terbenam (dlm air), tergenang (dlm air): tanah yg sudah ditenggala itu dibiarkan ~ selama beberapa hari; 3. = terendam ki tidak berbuat kerja, tinggal di rumah sahaja, terbenam (dlm sesuatu hal pekerjaan dll): buat apa dia ~ di rumah sahaja?; ~ air mata tergenang dlm air mata, selalu menangis; ~ sesajak air, berpaut sejengkal tali prb perihal seseorang yg susah hidupnya (serba ke­kurangan); merendam menaruh sesuatu di dlm air dll beberapa lamanya: padi itu direndam di dlm air, kemudian diwap, dijemur, dan di­kering­kan; melemaskan lipas dgn ~nya dlm air; merendamkan menjadikan digenangi (air dll): sawah itu direndamkan dahulu; di­rendam tak basah prb a) sangat licin (tidak mudah dikalahkan, ditipu, dll); b) belum ada keputusannya (perkara); c) orang yg degil atau kikir; terendam 1. sudah direndam; 2. terbenam dlm air, tergenang; 3. ki tinggal lama di rumah (di suatu tempat dll); ~ sama basah, terampil sama kering prb sama-sama mahu mengerja­kan sesuatu pekerjaan (baik ringan mahupun berat), sangat setia;Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas