merenggangi | menjauhi (supaya renggang): kenalan-kenalannya makin lama makin ~ dia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renggang I | 1. tidak berapa rapat, tidak tertutup benar, ada sela-selanya, dll: apabila panas terik, papan-papan dinding rumah menjadi ~; 2. agak berjauhan, kurang erat (persahabatan dll), kurang karib: maka timbullah suatu pertengkaran yg membuat mereka semakin ~; anak kecil itu sudah tidak hendak ~ dr ayahnya lagi; 3. antara, selang: ada kira-kira ~nya setahun dr perang Kedah itu maka Raja Kecil datang pula melanggar Riau; 4. jarak(nya), jauh(nya), beza(nya): lain pula keadaannya di negeri kami, ~nya hampir-hampir sebelah dunia; kehidupan anak-anakku dibandingkan dgn kehidupanku macam bumi dgn langit ~nya; berenggang berantara, berjauh, berpisah: kedua-duanya tidak pernah ~; biar masa ~ sedikit utk pergi memujuk isteriku pulang ke rumah; merenggang menjadi renggang (jauh dll): perhubungan antara dua manusia itu sudah ~; merenggangi menjauhi (supaya renggang): kenalan-kenalannya makin lama makin ~ dia; merenggangkan menjadikan renggang: ~ persahabatan; ~ tulisan; ia ~ tangannya melepaskan budak itu; ia mencuba ~ dirinya dr budak-budak yg ramai itu; tidak ada sesuatu yg dapat ~ silaturrahim kedua-dua belah pihak; memperenggang menjadikan lebih renggang; terenggang terbuka: pintu itu ~ sedikit; kerenggangan perihal renggang: aku mengerti kenapa antara dua teman itu timbul ~ dan ketegangan; perenggangan perbuatan (proses) merenggangkan sesuatu; perenggang; ~ waktu ark perintang waktu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |