merentap | menarik dgn kuat dan pantas; menyentak; merenggut: Dgn marah, dia ~ tangan budak itu. Direntapnya tali itu hingga putus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merentap | menarik dgn paksa atau kekerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merentap-rentap | menarik-narik dgn kuat atau paksa, merentap berulang kali: dia ~ kain yg tersangkut pd paku di dinding itu hingga koyak; dia segera ~ tali sbg isyarat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rentap; merentap | menarik dgn kuat dan pantas; menyentak; merenggut: Dgn marah dia ~ tangan budak itu. Direntapnya tali itu hingga putus. rentapan tarikan yg kuat dan pantas; sentakan; renggutan: ~nya begitu kuat sehingga putus tali itu. | Kamus Pelajar |
mengedut | merentap, meragut, merampas, merebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyenjah | menarik (merentap) dgn kuat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rentapan | hasil merentap, sentapan: akhirnya dgn ~ kuat, beg itu terlepas juga dr pinggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senjah | Kl; menyenjah menarik (merentap) dgn kuat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berentap-rentapan | 1. saling merentap, tarik-menarik dgn paksa, bertarik-tarikan; 2. saling berlawan atau beradu pengaruh, kehebatan dsb: menjelang tahun 1957, cogan kata spt “Merdeka dgn Darah” dan “Biar Lambat Asalkan Selamat” ~ dgn “Merdeka secara Damai dgn Bertolak Ansur”; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedut II | ark; mengedut merentap, meragut, merampas, merebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |