merenung | memandang dgn teliti atau dgn sungguh-sungguh; memperhatikan baik-baik: Dia ~ muka anaknya dan kemudian memanggil isterinya keluar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merenung | diam memikirkan sesuatu, termenung memikirkan sesuatu: beberapa lama ia tinggal ~ di dlm biliknya; ~ hari depan memikir-mikirkan masa depannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merenung | 1. memerhatikan dgn teliti, menatap: direnungnya muka anaknya lama-lama; 2. menjenguk, menjengul: ia ~ ke luar jendela; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renung | ; merenung memandang dgn teliti atau dgn sungguh-sungguh; memperhatikan baik-baik: Dia ~ muka anaknya dan kemudian memanggil isterinya keluar. merenungkan memikirkan dalam-dalam; mempertimbangkan dgn sungguh-sungguh: Kita harus ~ nasihat ibu bapa kita. perenungan perbuatan, hal dsb merenung atau merenungkan. renungan (sesuatu) yg difikirkan dalam-dalam; buah fikiran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
renung I | ; merenung 1. memerhatikan dgn teliti, menatap: direnungnya muka anaknya lama-lama; 2. menjenguk, menjengul: ia ~ ke luar jendela; merenungi 1. memandang baik-baik, mengamat-amati dgn saksama, menatap(i): direnunginya wajah Siti Salina; lama juga ia ~ kitab itu; 2. memikirkan (sesuatu masalah dll), dgn mendalam; renungan 1. hasil merenung atau merenungi, tatapan, pandangan: malu rasa hatinya kerana ~ Sira Panji itu; drpd air muka dan ~ matanya nyatalah dia menyuruh gadis itu duduk; perenungan perbuatan dsb merenung(i): ~ tentang hubungan antara manusia sbg peribadi yg berdaulat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renung; merenung | memandang dgn teliti atau dgn sungguh-sungguh; memperhatikan baik-baik: Dia ~ muka anaknya dan kemudian memanggil isterinya keluar. merenungkan memikirkan dalam-dalam; mempertimbangkan dgn sungguh-sungguh: Kita harus ~ nasihat ibu bapa kita. renungan 1 sesuatu yg difikirkan dalam-dalam; buah fikiran. <.b>2 cara (hal dsb) merenung atau merenungkan. | Kamus Pelajar |
renung II | ; merenung diam memikirkan sesuatu, termenung memikirkan sesuatu: beberapa lama ia tinggal ~ di dlm biliknya; ~ hari depan memikir-mikirkan masa depannya; merenungkan memikirkan dalam-dalam (masak-masak, sungguh-sungguh), memenungkan: ia mengambil masa yg lama utk ~ nasihat-nasihat yg diberikan oleh ibunya; renungan sesuatu yg direnungkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perenungan | perbuatan dsb merenung(i): ~ tentang hubungan antara manusia sbg peribadi yg berdaulat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renungan | 1. hasil merenung atau merenungi, tatapan, pandangan: malu rasa hatinya kerana ~ Sira Panji itu; drpd air muka dan ~ matanya nyatalah dia menyuruh gadis itu duduk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perenungan | perbuatan, hal dsb merenung atau merenungkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |