meresap | 1 masuk ke dlm liang atau lubang (bkn cecair); menyerap: Apabila hujan turun, airnya ~ perlahan-lahan ke dlm tanah. 2 ki masuk benar ke dlm hati (bkn nasihat dll): Segala nasihat orang tua itu ~ di hatinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meresap | 1 masuk ke dlm liang atau lubang (bkn cecair); menyerap: Apabila hujan turun, airnya ~ perlahan-lahan ke dlm tanah. 2 ki masuk benar ke dlm hati (bkn nasihat dll): Segala nasihat orang tua itu ~ di hatinya. | Kamus Pelajar |
resapan | perihal meresap (masuk ke dlm sesuatu), kejadian (sesuatu) meresap ke dlm sesuatu: kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh ~ air; akibat pengaruh dan ~ nilai-nilai keislaman inilah yg menyebabkan syair dan pantun Melayu kian bermakna dan kedudukan penyair Melayu Islam bertambah penting di Nusantara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
resap | tidak kelihatan lagi; hilang drpd pandangan; lesap: Tuan puteri pun ~lah, tiada ketahuan halanya. meresap 1 masuk ke dlm liang atau lubang (bkn cecair); menyerap: Apabila hujan turun, airnya ~ perlahan-lahan ke dlm tanah. 2 ki masuk benar ke dlm hati (bkn nasihat dll): Segala nasihat orang tua itu ~ di hatinya. meresapi meresap pd; masuk ke seluruh bahagian: Salji di atas bumbung khemah itu cair dan ~ kain khemah lalu menitik ke dalam. meresapkan 1 membiarkan meresap rata-rata; menyerapkan. 2 ki menyerapkan (nasihat, fahaman dll) ke dlm hati, fikiran dsb. teresap sudah diresapkan. resapan apa-apa yg telah meresap. peresapan perihal (proses) meresap, meresapi atau meresapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meresap | 1. masuk ke dlm liang dll (terutama barang yg cair), menyerap: sejuk angin timur laut yg bertiup itu pun ~ sampai ke tulang sumsum; perapkan daging itu beberapa waktu lamanya hingga garam dll ~ benar; meresap-resap ke rumah orang masuk-masuk ke rumah orang; 2. menyusup keluar, menitis, merembes (peluh): peluh dingin ~ membasahi seluruh badannya; 3. hilang, lenyap (drpd pandangan); makanan itu habis ~ habis lenyap (masuk ke mulut, dimakan); 4. masuk benar (ke dlm hati dll), lekat benar (di dlm hati): segala apa yg dikatakan oleh Khatijah ~ di hatinya; dia berasa sesuatu yg mesra ~ ke dlm jiwanya; 5. masuk ke dlm sesuatu dan menjadi sebahagian daripadanya: beberapa banyak kata asing yg telah ~ ke dlm bahasa Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
resap | hilang, lenyap, lesap: cecair itu ~ cepat dan kesannya tidak lama; tuan puteri pun ~lah tiada ketahuan halanya; meresap 1. masuk ke dlm liang dll (terutama barang yg cair), menyerap: sejuk angin timur laut yg bertiup itu pun ~ sampai ke tulang sumsum; perapkan daging itu beberapa waktu lamanya hingga garam dll ~ benar; meresap-resap ke rumah orang masuk-masuk ke rumah orang; 2. menyusup keluar, menitis, merembes (peluh): peluh dingin ~ membasahi seluruh badannya; 3. hilang, lenyap (drpd pandangan); makanan itu habis ~ habis lenyap (masuk ke mulut, dimakan); 4. masuk benar (ke dlm hati dll), lekat benar (di dlm hati): segala apa yg dikatakan oleh Khatijah ~ di hatinya; dia berasa sesuatu yg mesra ~ ke dlm jiwanya; 5. masuk ke dlm sesuatu dan menjadi sebahagian daripadanya: beberapa banyak kata asing yg telah ~ ke dlm bahasa Melayu; meresapi meresap ke dlm, memasuki rata-rata: lantai hendaklah dibuat drpd bahan yg tidak boleh diresapi air; seluruh alat negara telah diresapi oleh pengaruh samurai; meresapkan menyerapkan, memasukkan rata-rata: aku berbaring-baring di tanah utk ~ khasiat drpd sinar matahari yg membakar ke dlm tubuhku; teresap sudah diresapkan (diserapkan), termasuk dalam-dalam (rata-rata); resapan perihal meresap (masuk ke dlm sesuatu), kejadian (sesuatu) meresap ke dlm sesuatu: kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh ~ air; akibat pengaruh dan ~ nilai-nilai keislaman inilah yg menyebabkan syair dan pantun Melayu kian bermakna dan kedudukan penyair Melayu Islam bertambah penting di Nusantara; keresapan perihal atau keadaan resap atau teresap; peresapan perihal (proses dsb) meresap: ~ gas; ~ unsur-unsur budaya material. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyerap | 1. masuk ke dlm melalui liang-liang kecil (benda-benda cair spt air dll), meresap: makanan yg telah hadam itu bersebati dgn air dan ~ masuk ke dlm saluran darah; 2. ki meresap benar (ke dlm badan, hati, dll), menjadi mesra sekali (perasaan): kemesraan itu sudah ~ pd kedua-dua orang itu; 3. ki merasuk (orang halus, hantu, dll), masuk mengganggu (roh yg jahat); 4. menghisap benda-benda cair (kain, kertas, dll): batu kapur dan kapur sangat kuat ~ air; 5. mengambil dan memasukkan ke dlm sesuatu, menerima (sehingga menjadi sebaha-gian drpd sesuatu): kata-kata yg sudah diserap ke dlm sistem fonologi dan morfologi Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meresapi | meresap pd; masuk ke seluruh bahagian: Salji di atas bumbung khemah itu cair dan ~ kain khemah lalu menitik ke dalam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meresapi | meresap ke dlm, memasuki rata-rata: lantai hendaklah dibuat drpd bahan yg tidak boleh diresapi air; seluruh alat negara telah diresapi oleh pengaruh samurai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdifusi | meresap (masuk ke dlm bahasa, kebudayaan lain, dsb): sesuatu bahasa itu dikatakan ~ jika ia bergerak dan menyebar ke dlm bahasa lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |