meriakan | menjadikan ria; menggembirakan; menggirangkan (hati). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meriakan | menggembirakan, menggirangkan, menyenangkan, menyukakan: mengapa pula dia tidak dapat ~ hatinya? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meriakan | menjadikan ria; menggembirakan; menggirangkan (hati). | Kamus Pelajar |
ria | suka hati kerana mendapat apa-apa yg dicita-citakan dll; riang; gembira: Beliau sangat ~ kerana telah lulus dlm peperiksaan itu. bersuka ~ bergembira; bersuka-suka. beria-ria bersuka-suka; bergembira; berseronok-seronok: Mereka ~ di tepi pantai. meriakan menjadikan ria; menggembirakan; menggirangkan (hati). keriaan keadaan atau rasa ria; kegembiraan; kegirangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ria | suka hati kerana mendapat apa-apa yg dicita-citakan dll; riang; gembira: Beliau sangat ~ kerana telah lulus dlm peperiksaan itu. bersuka ~ bergembira; bersuka-suka. beria-ria bersuka-suka; bergembira; berseronok-seronok: Mereka ~ di tepi pantai. meriakan menjadikan ria; menggembirakan; menggirangkan (hati). keriaan keadaan atau rasa ria; kegembiraan; kegirangan. | Kamus Pelajar |
ria I | 1. gembira, girang, riang, sukacita: ia cukup ~ menerima ijazahnya; bersuka ~ berseronok-seronok, bersuka-suka; 2. ramai atau riuh (oleh suara orang bersuka-suka, berseronok-seronok, dll); ~ gembira tersangat ria; ~ riuh ramai bersuka-suka; beria-ria bergembira, bersenang-senang, berseronok-seronok, bersuka-suka; meriakan menggembirakan, menggirangkan, menyenangkan, menyukakan: mengapa pula dia tidak dapat ~ hatinya? keriaan perihal ria (kegembiraan, kegirangan, keseronokan, kesukaan): apa yg bagiku merupakan ~, baginya merupakan kepedihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |