meriangkan | menyenangkan atau menghibur hati; menggembirakan; menggirangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meriangkan | menggembirakan, menggirangkan, menyenangkan hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggirangkan | membangkitkan (menimbulkan) rasa girang, meriangkan (menggembirakan) hati: dia bercerita sambil berjenaka utk ~ hati anaknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menceriakan | 1 menjadikan sesuatu ruang atau kawasan ceria, membersihkan dan mengindahkan: Pelajar diarahkan ~ bilik darjah sempena kunjungan para pelawat. 2 menyebabkan seseorang kelihatan ceria, meriangkan, menggembirakan: Kelahiran anak sulung ~ kehidupan pasangan yg baru berumah tangga itu. 3 menjadikan sesuatu (majlis, perayaan dsb) meriah dan menarik: Pakaian para peserta yg beraneka warna ~ pesta kebudayaan yg gilang-gemilang itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menceriakan | 1. menjadikan sesuatu (ruang atau kawasan tertentu) ceria, membersihkan dan mencantikkan (mengindahkan): para pelajar diarah ~ bilik darjah semasa kempen kebersihan berlangsung; 2. menyebabkan seseorang kelihatan ceria, meriangkan, menggembirakan: kelahiran anak sulungnya ~ kehidupan pasangan yg baru berumah tangga itu; 3. menjadikan sesuatu kelihatan menarik: pakaian para peserta yg beraneka warna ~ pesta kebudayaan yg gilang-gemilang itu; 4. memurnikan, menyucikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
riang I | sangat gembira; suka hati; girang hati: Kanak-kanak sedang bermain-main dgn ~. ~ gembira suka hati dan gembira. beriang; ~ hati, = beriang-riang bersuka-suka; bergirang-girang; bergembira. meriangkan menyenangkan atau menghibur hati; menggembirakan; menggirangkan. keriangan, = ~ hati perasaan riang; kegembiraan atau kesukaan (hati). periang orang yg selalu riang atau selalu gembira. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
girang | riang hati, suka hati, (sangat) gembira: hati orang tua itu telah mulai ~ sedikit; aku terlalu ~; bergirang hati beriang hati, bersuka hati, (sangat) bergembira; menggirangkan membangkitkan (menimbulkan) rasa girang, meriangkan (menggembirakan) hati: dia bercerita sambil berjenaka utk ~ hati anaknya; kegirangan 1. keriangan, kesukaan, kegembiraan: entah mengapa hatinya malam itu penuh ~; 2. = kegirang-girangan terlalu amat girang: ia melompat ~; penggirang selalu girang (tabiat); gemirang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
riang I | sangat gembira; suka hati; girang hati: Kanak-kanak sedang bermain-main dgn ~. ~ gembira suka hati dan gembira. beriang; ~ hati, = beriang-riang bersuka-suka; bergirang-girang; bergembira. meriangkan menyenangkan atau menghibur hati; menggembirakan; menggirangkan. keriangan, = ~ hati perasaan riang; kegembiraan atau kesukaan (hati). periang orang yg selalu riang atau selalu gembira. | Kamus Pelajar |
riang I | sangat gembira, girang hati, suka hati: anak-anak sedang menari dan menyanyi dgn ~; ~ gembira suka dan gembira; ~ hati girang (senang) hati, suka hati, sukacita; ~ ria riang gembira; beriang; ~ hati = beriang-riang bersuka-suka, bergembira-gembira, bergirang-girang: hamba tidak melarang tuan-tuan bersuka-suka, beriang-riang hati tetapi tiap-tiap sesuatu ada hingga batasnya; meriangkan menggembirakan, menggirangkan, menyenangkan hati; keriangan 1. = ~ hati perasaan sukacita, kesukaan, kegembiraan; 2. berasa riang, berasa sangat gembira: Salina ~ melihat gelagat Si Bulat; periang (orang yg) selalu riang: ia seorang yg ~ dan peramah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ceria | 1 bersih, indah dan menarik (bkn ruang atau kawasan tertentu): Ruang pejabatnya kelihatan ~ setelah dihias dgn pokok bunga. 2 riang, gembira (bkn perwatakan); berseri-seri (bkn wajah atau air muka): Dia begitu ~ kerana mendapat keputusan cemerlang dlm peperiksaan itu. 3 menarik (bkn pakaian, majlis dsb): Pakaiannya kelihatan ~ sesuai dgn tubuh badannya yg langsing. menceriakan 1 menjadikan sesuatu ruang atau kawasan ceria, membersihkan dan mengindahkan: Pelajar diarahkan ~ bilik darjah sempena kunjungan para pelawat. 2 menyebabkan seseorang kelihatan ceria, meriangkan, menggembirakan: Kelahiran anak sulung ~ kehidupan pasangan yg baru berumah tangga itu. 3 menjadikan sesuatu (majlis, perayaan dsb) meriah dan menarik: Pakaian para peserta yg beraneka warna ~ pesta kebudayaan yg gilang-gemilang itu. keceriaan keadaan atau suasana ceria: ~ bilik pejabat dpt meningkatkan semangat bekerja. penceriaan proses, perbuatan dsb menceriakan sesuatu atau seseorang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |