merias rambut | mengandam atau mendandan rambut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merias mata | menghias atau menyolek mata (dgn celak dll) supaya kelihatan cantik dan menarik; | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merias | membuat (diri, anggota badan dsb) kelihatan cantik dan menarik; menghias; ~ mata menghias atau menyolek mata (dgn celak dll) supaya kelihatan cantik dan menarik; ~ rambut mengandam atau mendandan rambut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merias rambut | mengandam rambut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merias mata | menghiasi mata (dgn celak dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merias | menghiasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
riasan | hasil merias; solekan: ~nya begitu menarik sekali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jururias | orang yg mempunyai kemahiran merias (mendandan) orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jururias | orang yg mempunyai kemahiran dlm merias (menyolek, mendandan dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rias | berkaitan dgn cara atau hal menghias diri. kaca ~ cermin utk berhias; kamar (ruang) ~ bilik tempat berhias diri; tukang ~ tukang menghias (pengantin). berias berhias (diri); bersolek: Ayu memang pandai ~. merias membuat (diri, anggota badan dsb) kelihatan cantik dan menarik; menghias; ~ mata menghias atau menyolek mata (dgn celak dll) supaya kelihatan cantik dan menarik; ~ rambut mengandam atau mendandan rambut. riasan hasil merias; solekan: ~nya begitu menarik sekali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |