merosot | 1 bergerak dr tempat tinggi ke tempat rendah; menggelongsor; turun: Ia tidak sedar bahawa anaknya ~ dr pangkuannya. 2 jatuh atau turun (bkn harga atau nilai sesuatu): Sejak beberapa tahun lalu, harga getah ~ tetapi sekarang naik kembali. 3 menjadi semakin kurang (bkn hasil, pendapatan dll): Kerana musuh terlalu banyak, hasil padi tahun ini ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merosot | 1. meluncur turun, gelongsor, menggelingsir: ia tidak sedar ketika anaknya ~ dr pangkuannya; 2. sangat banyak turunnya, jatuh sekali (harga barang dll): harga getah sangat ~ tahun ini; 3. menjadi kurang sangat (hasil, pendapatan, pengaruh, dll): maka majalah itu pun mulai ~ penjualannya; gengsi kami di luar negeri sangat ~ dan sentiasa menjadi bahan tertawaan; 4. semakin kurang (mundur), tidak maju (kepandaian, kesihatan, dll): kesihatannya semakin ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merosot | 1. tergelincir turun (kerana licin dll); 2. turun (harga, mutu, dll), jatuh, berkurang (perniagaan dll): kerana aku begitu terikat dlm soal-soal politik, maka biro teknikku ~ sehingga mati sama sekali; memerosotkan menyebabkan merosot (bkn harga, prestasi dsb), memundurkan: faktor psikologi ini akan ~ prestasi harga dlm pasaran saham; kemerosotan perihal merosot (nilai wang, mutu, kemajuan, dll), kejatuhan, kemunduran: apabila berlaku ~ dlm bidang perusahaan, maka pengusaha terpaksa memberhentikan kebanyakan atau semua pekerjanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merosot | turun atau jatuh (bkn harga, prestasi, mutu dll); tidak maju: Perniagaannya makin lama makin ~ kerana termakan modal. kemerosotan keadaan merosot (bkn nilai wang, mutu, kemajuan dll); kemunduran; kejatuhan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merosot | turun atau jatuh (bkn harga, prestasi, mutu dll); tidak maju: Perniagaannya makin lama makin ~ kerana termakan modal. kemerosotan keadaan merosot (bkn nilai wang, mutu, kemajuan dll); kemunduran; kejatuhan. | Kamus Pelajar |
rosot | ; merosot 1. meluncur turun, gelongsor, menggelingsir: ia tidak sedar ketika anaknya ~ dr pangkuannya; 2. sangat banyak turunnya, jatuh sekali (harga barang dll): harga getah sangat ~ tahun ini; 3. menjadi kurang sangat (hasil, pendapatan, pengaruh, dll): maka majalah itu pun mulai ~ penjualannya; gengsi kami di luar negeri sangat ~ dan sentiasa menjadi bahan tertawaan; 4. semakin kurang (mundur), tidak maju (kepandaian, kesihatan, dll): kesihatannya semakin ~; merosotkan menurunkan, mengurangkan, menyusutkan (harga, mutu, dll); kemerosotan perihal (kejadian dsb) merosot, keadaan merosot, kemerosotan: kesan-kesan ~ ekonomi; ~ disiplin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rosot; merosot | 1 bergerak dr tempat yg tinggi ke tempat yg rendah; menggelongsor; turun: Ia tidak sedar bahawa anaknya ~ dr pangkuannya. 2 jatuh atau turun (bkn harga atau nilai sesuatu): Sejak beberapa tahun yg lalu harga getah ~ tetapi sekarang naik kembali. 3 menjadi semakin kurang (bkn hasil, pendapatan dll): Kerana musuh terlalu banyak hasil padi tahun ini ~. merosotkan menurunkan; mengurangkan (harga, mutu dll). | Kamus Pelajar |
rosot | ; merosot 1 bergerak dr tempat tinggi ke tempat rendah; menggelongsor; turun: Ia tidak sedar bahawa anaknya ~ dr pangkuannya. 2 jatuh atau turun (bkn harga atau nilai sesuatu): Sejak beberapa tahun lalu, harga getah ~ tetapi sekarang naik kembali. 3 menjadi semakin kurang (bkn hasil, pendapatan dll): Kerana musuh terlalu banyak, hasil padi tahun ini ~. merosotkan menurunkan; mengurangkan (harga, mutu dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemerosotan | keadaan merosot (bkn nilai wang, mutu, kemajuan dll); kemunduran; kejatuhan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemerosotan | perihal merosot (nilai wang, mutu, kemajuan, dll), kejatuhan, kemunduran: apabila berlaku ~ dlm bidang perusahaan, maka pengusaha terpaksa memberhentikan kebanyakan atau semua pekerjanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |