Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ruap] | مرواڤ

Definisi : 1. Mn berbuih, membuih: air sabun itu ~; 2. mendidih dan melimpah, meluap (nasi dll), membual dan berbuih-buih (air soda dll yg dituang dlm gelas): nasi yg ditanaknya itu ~; gulai (sayur) ~ gulai (sayur) melimpah kerana mendidih; 3. = meruap-ruap men­jadi-jadi perasaannya (geram dll), meluap-luap, menyala-nyala: semangat orang akan ~ dan menyala lagi; perasaan manusia yg hadir ketika itu meruap-ruap kerana telah menjadi bangsa yg merdeka; darah ~ naik ke muka; ~ darahnya marah sekali; 4. men­jadi wap (mengewap) kerana dipanaskan: ~ kerana kena panas; 5. menyombong, ber­cakap besar (membual): jangan sekali-kali suka ~, nanti ketara kelemahan dirimu sendiri; 6. merebak (bau dll): dr dapur, ~ bau gulai ayam yg membuka selera; 7. (Kim) cepat menjadi wap pd suhu bilik (bkn pepejal atau cecair); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ruap] | مرواڤ

Definisi : 1 mengeluarkan buih; menjadi spt buih; membuih: Air sabun itu ~. 2 mendidih dan melimpah; meluap spt air soda yg dituang dll: Bir itu ~ apabila dituang ke dlm gelas. 3 ki menjadi-jadi atau bertambah-tambah (bkn perasaan, spt marah); meluap: Semangat utk berjuang ~-ruap di dadanya. dan ~ yg berbeza. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ruap
Kata Terbitan : meruap, meruap-ruap,

Puisi
 

Selasih meruap-ruap,
     Anak tempua terbang ke Jeddah;
Kasih boleh dibuat-buat,
     Hendak mesra bukannya mudah.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penyulingan stim(Kim) penyulingan yg dilaksanakan dgn melalukan stim menerusi campuran pepejal mudah meruap atau cecair mudah meruap utk meng­asingkannya drpd bahan yg tidak meruap;Kamus Dewan Edisi Keempat
meruap1 mengeluarkan buih; menjadi spt buih; membuih: Air sabun itu ~. 2 mendidih dan melimpah; meluap spt air soda yg dituang dll: Bir itu ~ apabila dituang ke dlm gelas. 3 ki menjadi-jadi atau bertambah-tambah (bkn perasaan, spt marah); meluap: Semangat utk berjuang ~-ruap di dadanya. dan ~ yg berbeza.Kamus Pelajar Edisi Kedua
meruap(volatile)1. Sifat maklumat di dalam peranti ingatan yang tidak kekal dan akan hilang apabila bekalan kuasa peranti ingatan diputuskan. 2. Sifat unsur yang cepat berubah dan tidak kekal.Kamus Komputer
meruap1 mengeluarkan buih; menjadi spt buih; membuih: Air sabun itu ~. 2 mendidih dan melimpah; meluap spt air soda yg dituang dll: Bir itu ~ apabila dituang ke dlm gelas. 3 ki menjadi-jadi atau bertambah-tambah (bkn perasaan spt marah dll); meluap: Semangat utk berjuang ~-ruap di dadanya.Kamus Pelajar
penyulinganperbuatan menyuling; ~ berperingkat (Kim) penyulingan utk meng­asingkan campuran cecair yg mempunyai pelbagai takat didih yg berbeza (dgn meng­gunakan turus pemeringkatan); ~ stim (Kim) penyulingan yg dilaksanakan dgn melalukan stim menerusi campuran pepejal mudah meruap atau cecair mudah meruap utk meng­asingkannya drpd bahan yg tidak meruap;Kamus Dewan Edisi Keempat
storan meruap(volatile storage)Lihat ingatan meruap.Kamus Komputer
ingatan meruap(volatile memory)1. Jenis ingatan yang kandungan maklumatnya lenyap apabila bekalan kuasa ke peranti ingatan diputuskan. Bandingkan ingatan tak meruap. 2. Sifat ingatan baca-tulis biasa yang akan hilang maklumat kandungannya apabila bekalan kuasa peranti ingatan tersebut diputuskan.Kamus Komputer
meruap1. Mn berbuih, membuih: air sabun itu ~; 2. mendidih dan melimpah, meluap (nasi dll), membual dan berbuih-buih (air soda dll yg dituang dlm gelas): nasi yg ditanaknya itu ~; gulai (sayur) ~ gulai (sayur) melimpah kerana mendidih; 3. = meruap-ruap men­jadi-jadi perasaannya (geram dll), meluap-luap, menyala-nyala: semangat orang akan ~ dan menyala lagi; perasaan manusia yg hadir ketika itu meruap-ruap kerana telah menjadi bangsa yg merdeka; darah ~ naik ke muka; ~ darahnya marah sekali; 4. men­jadi wap (mengewap) kerana dipanaskan: ~ kerana kena panas; 5. menyombong, ber­cakap besar (membual): jangan sekali-kali suka ~, nanti ketara kelemahan dirimu sendiri; 6. merebak (bau dll): dr dapur, ~ bau gulai ayam yg membuka selera; 7. (Kim) cepat menjadi wap pd suhu bilik (bkn pepejal atau cecair);Kamus Dewan Edisi Keempat
ingatan tak meruap(non-volatile memory)Peranti ingatan yang terus memegang data yang dikandungnya selepas bekalan kuasa peranti ingatan terputus. Bandingkan ingatan meruap.Kamus Komputer
penyulingan stimist penyulingan utk mengasingkan campuran pepejal atau cecair mudah meruap drpd bahan yg tidak meruap, dgn cara melalukan stim menerusi campuran tsb (biasanya digunakan dlm pembuatan minyak wangi).Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234567

Kembali ke atas