runding | 1. sl perhitungan, perkiraan, pertimbangan; 2. pembicaraan (perkiraan) yg sungguh-sungguh lagi mendalam tentang sesuatu hal; hamba tidak berbanyak ~ tidak banyak bicara; ~ cara khidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya; merentang ~ memanjang-manjangkan percakapan (perbualan, pembicaraan); pakar ~ pakar perunding; ~ banyak nan ka disebut prb jika banyak berembuk akan dicapai keputusan; berunding 1. bercakap-cakap (tentang sesuatu hal) dgn sungguh-sungguh, berbicara, berembuk: Tuanku berharap Filipina akan mengubah sikapnya dan bersetuju utk ~ di Bangkok; 2. bercakap-cakap (tentang sesuatu), berkira-kira: letakkanlah bakul itu dahulu, marilah kita ~ sedikit; inda ~ Br tidak berkira, bertolak ansur; merunding sl menghitung, memperhitungkan; runding-merunding hitung-menghitung, timbang-menimbang; merundingkan 1. memperhitungkan, memperkirakan: mereka adik-beradik, jadinya tidaklah dirundingkan sangat kalau ia memakai wang adiknya itu; 2. memperkatakan (membicarakan) sesuatu utk memperoleh persetujuan penuh, membicarakan: barang sesuatu yg akan diperbuatnya dirundingkannya lebih dahulu dgn isterinya; rundingan 1. perbincangan antara dua atau banyak utk menyelesaikan masalah (pertelingkahan, persengketaan, dsb atau mencapai sesuatu persetujuan): ~ telah membawa kpd pertengkaran dan pertengkaran pula membawa kpd perkelahian; persengketaan sebaik-baiknya diselesaikan menerusi ~; ~ meja bulat rundingan dgn menggunakan meja bulat sbg menunjukkan bahawa pihak-pihak yg terlibat mempunyai taraf yg sama; ~ telah putus pembicaraan sudah selesai dan menghasilkan persesuaian; 2. butir-butir pembicaraan (pembincangan dll), isi pembicaraan: segan menurut ~ orang lain segan menurut nasihat orang lain; ~ damai pembicaraan utk mencari perdamaian; perundingan perbuatan berunding, pembicaraan, permesyuaratan, perembukan: ia telah memajukan tuntutannya dlm ~ itu; perunding 1. orang yg berunding (utk mencapai sesuatu persetujuan): seorang diplomat dan ~ yg ulung; 2. orang (syarikat dsb) yg dirujuk utk mendapatkan nasihat kepakaran (tunjuk ajar dsb); pakar ~ orang (syarikat dsb) yg mempunyai pengetahuan kepakaran yg tertentu dan berlaku sbg perunding. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merundingkan | 1. memperhitungkan, memperkirakan: mereka adik-beradik, jadinya tidaklah dirundingkan sangat kalau ia memakai wang adiknya itu; 2. memperkatakan (membicarakan) sesuatu utk memperoleh persetujuan penuh, membicarakan: barang sesuatu yg akan diperbuatnya dirundingkannya lebih dahulu dgn isterinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
runding | ; berunding berbicara ttg sesuatu hal dgn sungguh-sungguh; berbincang: Mereka sedang ~ hendak menamatkan peperangan di Vietnam. merundingkan membincangkan sesuatu utk mendapatkan kata sepakat: Perkara itu akan dirundingkan dlm mesyuarat. rundingan majlis dsb utk merundingkan sesuatu; isi atau butir perbicaraan: Kata sepakat itu telah dicapai dlm satu ~. perundingan 1 perbuatan atau hal berunding; perbicaraan. 2 perbuatan atau hal merundingkan; pembicaraan. perunding orang yg berunding atau yg merundingkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
runding; berunding | berbicara ttg sesuatu hal dgn sungguh-sungguh; berbincang: Mereka sedang ~ hendak menamatkan peperangan di Vietnam. merundingkan membincangkan sesuatu utk mendapat kata sepakat: Perkara itu akan dirundingkan dlm mesyuarat. rundingan majlis dsb utk merundingkan sesuatu; isi atau butir perbicaraan: Kata sepakat itu telah dicapai dlm satu ~. perundingan 1 perbuatan atau hal berunding; perbicaraan. 2 perbuatan atau hal merundingkan; pembicaraan. perundingorang yg berunding atau yg merundingkan sesuatu. | Kamus Pelajar |
perundingan | 1 perbuatan atau hal berunding; perbicaraan. 2 perbuatan atau hal merundingkan; pembicaraan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
habis-habis | 1 hingga habis semuanya; sepenuhnya: Rombongan itu hendak merundingkan kemerdekaan negara mereka ~. 2 habis banyak; sebanyak-banyaknya; paling-paling: Buah itu tidak banyak, ~, sepuluh biji. Usahlah bimbang, ~, dia hanya boleh melarang kita saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
habis-habis | 1. hingga habis semuanya; sepenuhnya: Rombongan itu hendak merundingkan kemerdekaan negara mereka ~. 2. habis banyak; sebanyak-banyaknya; paling-paling: Buah itu tidak banyak, ~, sepuluh biji. Usahlah bimbang, ~, dia hanya boleh melarang kita saja. | Kamus Pelajar |
perundingan | 1 perbuatan atau hal berunding; perbicaraan. 2 perbuatan atau hal merundingkan; pembicaraan. | Kamus Pelajar |
memerangi | 1 membuat serangan tentera terhadap; berperang dgn; memulakan perang terhadap: Raja Haji Ali dan Raja Hussain datang mengadap baginda kerana merundingkan hal hendak ~ Ratih. 2 menentang sesuatu supaya hapus; melawan utk membasmi sesuatu: ~ kemiskinan di kalangan penduduk luar banar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memerangi | 1 membuat serangan tentera terhadap; berperang dgn; memulakan perang ke atas: Raja Haji Ali dan Raja Hussain datang mengadap baginda kerana merundingkan hal hendak ~ Ratih. 2 menentang sesuatu supaya hapus; melawan utk membasmi sesuatu: ~ kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar. | Kamus Pelajar |