meter II | /méter/ alat utk mengukur atau utk menyukat sesuatu (jarak, jumlah yg digunakan dll): ~ air; ~ elektrik. bermeter menggunakan meter atau telah dipasang dgn meter: Perkhidmatan teksi ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meter | (méter) 1. ukuran panjang yg bersamaan dgn 39.37 inci; 2. = meteran Id alat utk mengukur atau merakamkan banyaknya air (tenaga elektrik dsb) yg telah mengalir melaluinya (iaitu yg telah digunakan); 3. = ~ laju alat yg dipasang di dlm kenderaan bermotor utk menunjukkan kelajuan pergerakannya; 4. alat (pd teksi) utk menunjukkan tambang yg harus dibayar; ~ lembapan (Hut) alat utk menyukat kandungan lembapan kayu secara langsung, sama ada dgn memasukkan elektrod ke dlm kayu atau meletakkannya pd permukaan kayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mili | seperseribu: ~meter seperseribu meter; ~gram seperseribu gram. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aras I | 1. hingga ke, sampai ke, paras, takat; ~ pinggang setinggi pinggang; 2. muka (air dll): berapa meter padu air mesti dipamkan ke dlm kolam yg panjangnya 25 meter, lebarnya 15 meter, supaya ~ air naik satu meter; ~ air muka air; 3. tingkat: naik lif hingga ke ~ lima; ~ bumi kedudukan yg sama aras dgn permukaan bumi; ~ dada (Hut) ketinggian (1.3 meter) yg lazimnya digunakan sbg piawai utk mengukur lilit, garis pusat, dan luas pangkal pokok hidup; ~ laut aras purata permukaan laut berbanding dgn permukaan daratan; ~ tinggi ketinggian sesuatu tempat (kawasan) yg biasanya diukur dr aras laut, altitud; mengaras menyentuh, mencapai, sampai ke; ~ awan sampai ke awan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kilo | 1. = kilogram seribu gram; 2. = kilometer seribu meter; berkilo-kilo beberapa (banyak) kilo; ~ meter beribu-ribu meter (beberapa banyak kilometer); kiloan ditimbang dlm ukuran kilogram. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hamparan | 1 sesuatu (spt permaidani, tikar) yg dihamparkan: Berapa meter persegikah ~ yg dikehendaki utk bilik yg besarnya 5 meter dgn 4 meter? 2 sesuatu yg terbentang luas (sawah dll): ~ sawah yg menghijau | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meter I | /méter/ ukuran jarak yg panjangnya 39.37 inci. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mili meter | seperseribu meter; | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hamparan | 1. sesuatu (spt permaidani, tikar dll) yg dihamparkan: Berapa meter persegikah ~ yg dikehendaki utk bilik yg besarnya 5 meter dgn 4 meter? 2. sesuatu yg terbentang luas (spt sawah dll): ~ sawah yg menghijau. | Kamus Pelajar |
berkilo-kilo meter | beribu-ribu meter (beberapa banyak kilometer); | Kamus Dewan Edisi Keempat |