Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.wa.ki.li] | مواکيلي

Definisi : menjadi wakil kpd, bertindak sbg wakil atau pengganti kpd atau bagi pihak (seseorang dll), menyulihi: peguam yg telah disahkan oleh mahkamah tertinggi boleh hadir di mana-mana mahkamah utk ~ orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.wa.ki.li] | مواکيلي

Definisi : menjadi wakil kpd; menggantikan sbg wakil: Beliau telah dilantik utk ~ Malaysia dlm persidangan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wakil (kata nama)
1. Bersinonim dengan utusan
( orang tengah, ejen, wasitah, pengantara, badal, telangkai, )

2. Bersinonim dengan pengganti: sulih, pemangku, naib, penolong, timbalan,

Kata Terbitan : mewakilkan, mewakili, perwakilan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mewakilimenjadi wakil kpd; menggantikan sbg wakil: Beliau telah dilantik utk ~ Malaysia dlm persidangan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mewakilimenjadi wakil kpd, bertindak sbg wakil atau pengganti kpd atau bagi pihak (seseorang dll), menyulihi: peguam yg telah disahkan oleh mahkamah tertinggi boleh hadir di mana-mana mahkamah utk ~ orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
mewakilimenjadi wakil kpd; menggantikan sbg wakil: Beliau telah dilantik utk ~ Malaysia dlm persidangan itu.Kamus Pelajar
representatif(répréséntatif) mewakili (go­long­­an dll), sesuai utk mewakili.Kamus Dewan Edisi Keempat
penyelakuan analog(analog simulation)Penggunaan sistem analog, seperti sistem elektrik, untuk mewakili sistem fizikal yang sebenar. Sistem elektrik yang digunakan sebagai model ialah tamsilan kepada sistem fizikal tersebut kerana ciri pemboleh ubah yang digunakan untuk mewakili kedua-dua sistem adalah setara dari segi matematik.Kamus Komputer
perwakilan1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-mewakili: soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan (pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~ seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakil­wakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi dutaduta atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili) perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kod(code)1. Set peraturan tertentu yang menunjukkan cara bagaimana data boleh diwakili. 2. Peraturan dan resam yang menentukan bagaimana isyarat yang mewakili data boleh dibentuk, dihantar, diterima, dan diproses dalam suatu sistem perhubungan. 3. Bentuk berlambang yang mewakili data atau suruhan atur cara komputer atau mikropemproses yang boleh diterima dan diproses oleh mesin tersebut.Kamus Komputer
menyulihimengganti, mewakili.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyulihmengganti, mewakili.Kamus Dewan Edisi Keempat
wakilmewakili menjadi wakil kpd; menggantikan sbg wakil: Beliau telah dilantik utk ~ Malaysia dlm persidangan itu.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas