mikroelektronik | (mikroéléktronik) cabang ilmu elektronik yg berkait dgn komponen dan pembinaan litar yg sangat halus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
MIMOS | akronim bagi Malaysian Institute of Microelectronic Systems (Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
MIMOS | Singkatan bagi Malaysian Institute of Microelectronic Systems, iaitu Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia. | Kamus Komputer |
komputer satu cip(one chip computer) | Komputer yang pelaksanaan sistemnya dilakukan dengan satu cip litar bersepadu mikroelektronik. Sistem begini biasanya digunakan dalam sistem kawalan atau peranti khusus. | Kamus Komputer |
ingatan teras magnet(magnetic core memory) | Sistem ingatan komputer yang menggunakan teras logam kecil feromagnet yang disimpai dalam bingkai bagi melambangkan bit komputer. Setiap teras boleh dimagnetkan kepada logik 1 atau logik 0. Sistem ini mula digunakan oleh Jay Forrester pada 1950 dalam sistem komputer Whirlwind 1, dan tidak digunakan lagi dengan adanya ingatan jenis mikroelektronik. | Kamus Komputer |