mikrofis(microfiche) | Kad mikrofilem dalam sistem mikrofilem output komputer yang biasanya berukuran 105 mm X 148 mm. Mikrofis digunakan sebagai bahantara ingatan pukal untuk menyimpan teks yang sudah dikecilkan saiznya. | Kamus Komputer |
mikrofilem | filem utk mengambil gambar atau merakamkan bahan bertulis dlm saiz yg kecil: akhbar ini sebahagiannya terdapat dlm bentuk ~; memikrofilem(kan) merakamkan (menyimpan) bahan bertulis dlm bentuk mikrofilem. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mikrofilem(microfilm) | Filem berpeleraian tinggi yang mengandungi imej teks yang saiznya dikecilkan. | Kamus Komputer |
mikrofilem output komputer(computer-output microfilm) | Sistem output yang dapat menerima data terus dari komputer dan mencetaknya ke dalam bentuk mikrofilem. Singkatan COM. | Kamus Komputer |
COM | 1. Singkatan bagi computer output microfilm. Lihat mikrofilem output komputer. 2. Singkatan bagi computer output microform, iaitu mikroborang output komputer. 3. Singkatan bagi computer onto microfiche, iaitu komputer ke mikrofis. | Kamus Komputer |
pencetak COM(COM printer) | Pencetak yang dapat menghasilkan salinan keras daripada mikrofilem atau mikrofis. | Kamus Komputer |