minta-minta | 1. = berminta-minta, me-minta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; 2. bp mudah-mudahan, moga-moga: ~ luluslah aku dlm peperiksaan tahun ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tolong | ; minta ~ minta bantuan atau sokongan. tolong-menolong, bertolong-tolongan saling membantu; bantu-membantu. menolong 1 membantu dgn wang, tenaga dll utk meringankan penderitaan dsb: Anak itu ~ bapanya menuai padi. 2 melepaskan atau menyelamatkan seseorang atau sesuatu drpd bahaya: Dia yg ~ saya semasa berlaku kebakaran itu. pertolongan 1 perbuatan atau hal memberi bantuan: Dgn ~ doktor, anaknya dpt diselamatkan. 2 = tolongan apa-apa yg diberikan utk menolong; bantuan; sokongan. penolong 1 orang yg menolong: ~ Pengarah. 2 alat dll yg digunakan utk menolong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tolong | = minta ~ minta bantuan (sokongan); tolong-bertolong, bertolong-tolongan, tolong-menolong bantu-membantu, saling membantu; menolong, menolongi 1. membantu (dgn tenaga, wang, fikiran, dll): sedangkan ke sawah menolongi aku yg hina ini kau tak berasa gentar dan malu; aku tidak mempunyai wang utk ~mu; sewaktu memunggah barangnya ke dlm lori Wak Seman ditolongi tetangganya; 2. melepaskan diri drpd bahaya dll, menyelamatkan: dialah yg ~ aku drpd mati lemas; 3. dapat meringankan penderita-an dll, dapat menyembuhkan drpd penyakit dll, dapat menyelamatkan drpd bahaya dll: bantuan doktor yg diminta tidak dapat ~nya; ~ wang (fikiran, tenaga) menolong dgn wang (fikiran, tenaga); menolongi nyawa melepaskan diri drpd bahaya maut; tertolong (sudah) ditolong, diselamatkan; tolongan ark = pertolongan; ketolongan beroleh pertolongan hingga selamat: agar ibunya ~; pertolongan perihal (perbuatan dsb) meno-long, sesuatu (yg digunakan) utk menolong, bantuan, sokongan: dgn rahmat dan ~ Allah; ~ cemas pertolongan yg mula-mula | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berminta-minta | , meminta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merenggek-renggek | merengek-rengek, meminta-minta dgn mendesak, menangis-nangis kerana menghendaki sesuatu; rengek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merenggek | , merenggek-renggek merengek-rengek, meminta-minta dgn mendesak, menangis-nangis kerana menghendaki sesuatu; rengek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renggek | (rénggék); merenggek, merenggek-renggek merengek-rengek, meminta-minta dgn mendesak, menangis-nangis kerana menghendaki sesuatu; rengek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maafkanlah | ampunilah: ~ sahajalah budak itu, dia masih belum tahu apa-apa; minta ~ minta diampuni; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mohon | 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?” maka sembahnya, “~ patik, tuanku”; bermohon 1. meminta izin; ~ diri meminta izin pergi: sahaya pun menyembahlah ~ diri hendak kembali; 2. mengemukakan permintaan, minta supaya diperkembangkan: maka Upu Daeng Perani pun ~lah kpd sultan; memohon meminta (lebih halus): kami ~ maaf atas kesilapan ini; memohonkan memintakan (sesuatu drpd): mahu aku ~ kehendakmu itu kpd Allah Taala; permohonan apa yg diminta, permintaan: segala ~nya utk mendapat kerja ditolak; pemohon orang yg memohon sesuatu; pohon II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerai | 1 tidak bersatu; tidak melekat. 2 sudah putus hubungan sbg suami isteri; tidak sbg suami isteri lagi; talak: minta ~ minta supaya suami menjatuhkan talak kpdnya (ttg isteri). ~ taklik cerai yg berlaku antara suami dgn isteri kerana janji atau syarat. ~ tembilang cerai kerana salah seorang pasangan suami isteri itu meninggal. bercerai tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2 putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. ~ susu berhenti menyusu; tidak lagi menyusu (ttg anak yg menyusu pd ibu). menceraikan 1 membuat supaya tidak berhubungan (bercampur, bersatu) lagi; memisahkan: Dia telah ~ lampiran A drpd karangan itu. 2 meleraikan orang berkelahi dsb. 3 memutuskan hubungan sbg suami isteri; menjatuhkan talak: Oleh sebab perkara yg kecil saja, ia telah ~ isterinya. ceraian bahagian atau fasal kecil dlm undang-undang (surat perjanjian dll). perceraian 1 hal tidak berhubungan lagi; perpisahan; perpecahan. 2 hal bercerai (antara suami isteri). penceraian perbuatan atau hal menceraikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |