tinggal | 4 selalu atau kekal spt keadaan yg sedia; tidak berubah-ubah: Yg kaya bertambah kaya, yg miskin ~ miskin. | Kamus Pelajar |
miskin | serba kekurangan barang-barang keperluan hidup; tidak berharta: ~ papa terlalu miskin. memiskinkan menjadikan miskin. kemiskinan keadaan miskin; kepapaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
miskin | tidak berharta benda, serba kekurangan (dlm barang-barang keperluan hidup), melarat, papa; ~ papa terlalu miskin; rumah ~ rumah tempat orang-orang miskin dijaga; biar ~ asal cerdik terlawan juga orang kaya prb kebijaksanaan itu lebih juga drpd kekayaan; memiskinkan menjadikan miskin; kemiskinan perihal miskin, kekurangan, kepapaan: bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan itu lantaran ~; pemiskinan perihal, perbuatan atau tindakan memiskinkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jembel | (jémbél) Id sangat miskin; orang ~ orang miskin, pengemis; rakyat ~ rakyat yg miskin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
miskin | serba kekurangan barang-barang keperluan hidup; tidak berharta: ~ papa terlalu miskin. memiskinkan menjadikan miskin. kemiskinan keadaan miskin; kepapaan. | Kamus Pelajar |
miskin papa | terlalu miskin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jatuh miskin | menjadi miskin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fakir | Ar 1. (orang yg) berpendapatan kurang drpd pendapatan orang miskin (tidak mencukupi keperluan asas harian): tiap-tiap hari Jumaat, baginda mengurniakan sedekah kpd ~ dan miskin; 2. sl saya (yg miskin ini): apa kerja tuan datang ke rumah ~? 3. orang yg sengaja atau dgn kerelaan sendiri mengalami atau menanggung serba kekurangan dalam hidupnya utk mendapat kesempurnaan batin: baginda memakai pakaian ~ dan meninggalkan istana;~ miskin golongan yg sangat berkurangan (sangat miskin): bantuan makanan juga akan diberikan kpd ~ miskin;kefakiran perihal (keadaan) fakir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fakir miskin | golongan yg sangat berkurangan (sangat miskin): bantuan makanan juga akan diberikan kpd ~ miskin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tinggal | 1 menetap atau diam (di…): Ia sudah lama ~ di bandar. 2 masih ada di tempatnya; tidak ke mana-mana: Awak ~ di sini, saya hendak ke bandar sekejap. 3 berbaki; berlebih: Duitnya ~ dua ringgit selepas membeli-belah. 4 selalu atau kekal spt keadaan yg sedia; tidak berubah-ubah: Yg kaya bertambah kaya, yg miskin ~ miskin. 5 dilalaikan; dicuaikan: Ke mana saja ia pergi, tidak pernah ~ sembahyang. 6 cuma; hanya: Persediaan utk kenduri sudah sedia, ~ bunga telur saja yg belum. 7 yg dikosongkan; tidak bertunggu lagi: rumah ~. ~ arwah sudah meninggal. ~ baka yg ada cuma keturunan. ~ tulang sangat kurus. tempat ~ rumah atau tempat yg didiami. meninggal, = ~ dunia mati. meninggalkan 1 membiarkan tinggal; tidak membawa bersama: Ia ~ anaknya di rumah. 2 berlepas dr; pergi dr; menjauhkan diri dr: Ia ~ Kota Kinabalu pd hari Ahad. 3 membiarkan berbaki; melebihkan: Faridah ~ dua keping roti utk adiknya. 4 mendahului atau mengatasi; melebihi: Dlm bidang kejuruteraan, orang-orang Jerman sudah ~ orang-orang Inggeris. 5 mengetepikan sesuatu perkara; tidak memasukkan dlm pertimbangan dll; tidak mempedulikan. 6 tidak memakainya atau tidak menggunakannya lagi (ttg adat, kebiasaan dll): Ia sudah lama ~ adat Perpatih. 7 melalaikan atau mencuaikan sesuatu kewajipan dll: Bapanya yg sudah tua itu tidak pernah ~ puasa. tertinggal 1 tercicir di belakang kerana tidak dpt menyaingi atau kerana tidak dpt mengejar: Dlm perlumbaan itu, Rosnah ~ di belakang sekali. 2 tidak dibawa bersama kerana terlupa; tercicir. ketinggalan 1 sudah ditinggalkan (oleh bas, kereta api dll): Reza sudah dua kali ~ bas kerana ia bangun lewat. 2 tercicir atau terkebelakang (dlm pelajaran, kemajuan dll): Sejak sakit, ia sudah ~ dlm semua mata pelajarannya. ~ zaman tidak sesuai dgn keadaan sezaman. tidak ~ tidak mahu terkebelakang; tidak lalai. peninggalan 1 segala sesuatu yg ditinggalkan; pesaka: harta ~ harta pesaka. 2 sisa atau saki-baki dr zaman dahulu. sepeninggalan 1 sesudah pergi atau sesudah berangkat; sesudah mati: ~ ibunya, rumah itu menjadi kucar-kacir. 2 selama atau pd ketika ditinggalkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |