modal dengkul | bp modal pd cakap sahaja, modal kosong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dengkul III | Jw, bp bohong, dusta, palsu; berita (khabar, radio) ~ bp berita palsu; modal ~ bp modal pd cakap sahaja, modal kosong; saksi ~ saksi yg palsu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balik modal | mendapat modal kembali (tidak rugi dan juga tidak untung), pulang modal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemodal | orang yg memberi modal, penanam modal: kebanyakan rumah haram di sekitar Kuala Lumpur, dibina oleh kaum ~ yg se-mata-mata mencari keuntungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
modal | wang atau harta benda yg digunakan sbg dasar atau asas utk berniaga atau utk menghasilkan sesuatu yg menambah kekayaan dll; pokok: Ia tidak mempunyai ~ utk berniaga secara besar-besaran. barang ~ barang-barang spt mesin yg dpt menghasilkan barang lain; penanaman ~ perbuatan menggunakan modal utk mendapatkan keuntungan dlm perniagaan atau perusahaan. ~ bergerak (berpusing) modal spt barang-barang mentah atau wang yg boleh berpindah-pindah. ~ campuran modal atau usaha gabungan. ~ insan modal yg ada pd seseorang insan, spt ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal dan rohani. ~ kerja modal yg digunakan utk menjalankan sesuatu perniagaan. ~ tetap modal spt tanah atau bangunan yg tidak dpt dipindah-pindahkan. bermodalkan mempunyai sesuatu sbg modal. memodali memberi modal kpd (utk sesuatu perusahaan dll): Syarikat itu dimodali bersama oleh Jepun dan Malaysia. permodalan segala hal atau urusan yg berkaitan dgn modal; perihal bermodal: syarikat ~ syarikat yg menanam modalnya dlm perniagaan atau perusahaan lain utk mendapatkan keuntungan. pemodalan perihal atau perbuatan memodali. pemodal orang (pihak dll) yg memberikan modal; kapitalis. semodal berkongsi dlm perusahaan; ikut serta dlm perniagaan dll: orang ~ orang yg turut sama menaruh modal dlm sesuatu perusahaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
modal tetap | modal spt tanah atau bangunan yg tidak dpt dipindah-pindahkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
modal kerja | modal yg digunakan utk menjalankan sesuatu perniagaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
modal campuran | modal atau usaha gabungan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
modal tetap | modal yg tidak dapat dipindah-pindahkan (tanah, bangunan, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
modal kerja | modal yg digunakan utk menjalankan sesuatu perniagaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |