monyet | /monyét/ sj binatang yg hampir sama dgn kera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
monyet | (monyét) sj binatang yg hampir sama dgn kera; baju ~ baju yg bersambung dgn seluar (dipakai oleh kanak-kanak); cinta ~ cinta kasih yg keanak-anakan; pintu ~ pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); kera menjadi ~ prb sama sahaja halnya; spt ~ mendapat bunga (adakah ia tahu akan fa-edah) prb tiada tahu menghargai sesuatu yg elok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
monyet | sj binatang yg hampir sama dgn kera. | Kamus Pelajar |
kera I | 1. sj monyet (biasanya berekor panjang), Macacus cynomolgus; 2. (digunakan ketika menyatakan nama) berbagai-bagai jenis monyet: ~ jambul dll; genggam (cengkam) ~ genggam (cengkam) yg sangat kuat; sekangkang ~ sangat sempit, tidak luas; ~ dapat (diberi) bunga = bagai ~ diberi kaca prb mendapat (diberi) sesuatu yg tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya; ~ lotong (terlalu) makan, tupai di julai timpa perasaan prb orang besar-besar yg bersuka ria, orang kecil-kecil menepilah dgn irinya; ~ menegurkan tahinya prb orang yg melakukan sesuatu kesalahan itulah yg pertama sekali memperkatakannya; ~ menjadi monyet prb serupa sahaja (tiada bezanya); bagai ~ dapat canggung prb perihal orang yg telah ditolong mendampingkan dirinya kpd orang yg menolongnya; memberi barang kpd tangan ~ prb mempertanggungjawabkan sesuatu pekerjaan kpd orang yg tidak dapat mengerjakannya (mempercayai orang yg tidak patut dipercayai); (spt) ~ kena belacan prb sangat gelisah (resah), tidak senang diam (terlarilari, terloncat-loncat, dll); (spt) ~ sumbang prb orang yg takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pintu monyet | pintu berdaun dua (satu di atas dan satu di bawah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cinta monyet | cinta kasih yg keanak-anakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rumah monyet | rumah jaga (gardu kecil); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pintu monyet | pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
periuk monyet | sj tumbuhan (pakis), Nepenthis spp. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pintu monyet | pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); | Kamus Dewan Edisi Keempat |