Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
longgar1. tidak sempit, lapang (pakaian, lubang, dll): seluar baru itu ~ sedikit; 2. tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas (paku, skru, jahitan, ikatan, dll): jahitannya ~ dan kasar; tangannya memeluk ~ anak bongsu­nya di dada; 3. ki tidak teguh, tidak erat (tali persaudaraan, persahabatan, dsb): semenjak kejadian itu, persahabatan mereka mulai ~; 4. ki tidak mengikat kuat (aturan, syarat, undang-undang, dsb), tidak sangat terbatas, tidak ketat, kendur: hutang lapuk disebabkan oleh cara pemberian, cara kawalan dan cara pentadbiran wang kerajaan dan syarikat yg ~ dan tidak teratur; ~ sendat, lapang bertukul prb berpura-pura menerima sesuatu kebenaran tetapi sebenar­nya menolak kebenaran itu; sempit lalu, ~ ditokok prb di negeri yg miskin penduduknya rajin-rajin dan di negeri yg makmur pen­duduknya malas; melonggari menolak atau menambah supaya longgar (pakaian dll): kalau tidak dilonggari, seluar itu tidak dapat dipakai lagi; utk menambah ahli, syarat-syarat utk masuk pertubuhan itu mesti dilonggari; melonggarkan 1. menjadikan longgar atau tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku, dll): ia ~ skru itu; menggali atau membajak akan ~ tanah; 2. mempermudah (syarat-syarat, cara pembayaran, dsb), meringankan (aturan, undang-undang, dsb): larangan membakar mercun dilonggarkan pd malam itu; 3. meluangkan (waktu dsb); memperlonggar menjadikan lebih longgar; kelonggaran 1. perihal longgar: utk men­cegah ~, skru itu harus diketatkan; pertolong­annya itu bererti memberi ~ juga kpd isteri­nya; 2. menjadi longgar: semua pakaiannya ~ kerana badannya yg semakin susut itu; pelonggaran perihal melonggarkan (pakaian, skru, dll, meluangkan waktu dsb, mempermudah syarat-syarat dsb, meringankan aturan dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
kejap IItidak mudah tercabut (terurai dll), ketat, teguh: sebilah keris terselit ~ di pinggangnya; tayar itu dipasangkan ~-~ pd roda; mengejap memadat: tanah yg ~ dihakis oleh udara kering; mengejapkan meneguhkan atau mengetat­kan ikatan dsb: Tuk ~ kain di pinggang.Kamus Dewan Edisi Keempat
ketialark 1. sangat ketat atau kuat melekat (tidak mudah tercabut); 2. susah hendak ber­gerak (kerana gemuk dll): tok imam memang ~ orangnya, hendak beralih duduk pun susah.Kamus Dewan Edisi Keempat
ogah; mengogahmenggoyang-goyangkan sesuatu (spt gigi, tiang dll) supaya mudah tercabut.Kamus Pelajar
mengogahmenggoyang-go­­yang­kan sesuatu (spt gigi, tiang) su­paya mudah tercabut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
longgar1 tidak sempit; lega (bkn pakaian dll). 2 tidak ketat; mudah tercabut (bkn paku, skru dll). 3 tidak erat (bkn persahabatan, tali persaudaraan); tidak kuat berpegang pd adat (syarat, undang-undang dll). melonggarkan 1 menjadikan longgar atau menjadikan tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku dll): Dia ~ ikat pinggangnya kerana terlalu kenyang. 2 memudahkan syarat atau cara pembayaran; meringankan peraturan, undang-undang dll: Pihak majikan telah ~ syarat-syarat kenaikan pangkat. kelonggaran keadaan longgar: Oleh sebab ~ undang-undanglah maka banyak berlaku kecurian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ogah; mengogah menggoyang-go­­yang­kan sesuatu (spt gigi, tiang) su­paya mudah tercabut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kejat1. kejang, kaku, tegang (tubuh atau anggota); mati ~ mati kaku; 2. tidak mudah tercabut, ketat, kukuh, tegap, tidak goyah (bkn tiang yg terpacak); 3. padat dan rapat (tidak berlubang-lubang atau bercelah-celah), kedap; mengejatkan membuat sesuatu menjadi kejat; pengejatan perihal (perbuatan, proses) memejatkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kejat1 kaku dan keras (bkn tubuh atau anggota); kejang; kejur: mati ~ mati kaku. 2 tidak mudah tercabut (bkn puting parang dr hulunya, pancang yg terpacak dll); kukuh; teguh. 3 tidak berlubang-lubang; padat; rapat. mengejatkan menjadikan kejat; memadatkan: Tanah di sekeliling anak benih itu dikejatkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kejat1. kaku dan keras (bkn tubuh atau anggota); kejang; kejur: mati ~ mati kaku. 2. tidak mudah tercabut (bkn puting parang dr hulunya, pancang yg terpacak dll); kukuh; teguh. 3. tidak berlubang-lubang; padat; rapat. mengejatkan menjadikan kejat; memadatkan:Tanah di sekeliling anak benih itu dikejatkan.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas