Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
umpan1 sesuatu, spt cacing, yg dilekatkan pd mata kail dll dan digunakan utk memancing atau utk menangkap binatang: ~ habis, ikan tak dpt. 2 ki sesuatu yg dilakukan utk memerangkap atau utk memperdaya orang. 3 mangsa: menjadi ~ harimau. ~ api bahan mudah terbakar yg digunakan utk menyalakan api. mengumpan 1 menangkap atau memikat binatang dgn menggunakan umpan. 2 ki melakukan sesuatu supaya orang terpedaya atau terpikat; mengenakan tipu daya. mengumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan; melekatkan umpan pd sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
abu I1. sisa sesuatu yg telah hangus dibakar atau terbakar: ~ drpd ranting dan daun kering yg dibakar boleh dijadikan baja; ~ dapur; ~ rokok; 2. debu, serbuk; ~ kayu (Hut) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan fosfat drpd kalsium, kalium, dan magnesium) yg terdapat di dlm kayu; ~ logam (Hut) bahan lebihan logam yg tertinggal selepas selesai proses pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain; spt ~ di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga isteri­nya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di NS); sudah jadi ~ arang prb sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi; terpegang di ~ hangat prb Mn baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan; mengabu menjadi abu, menyerupai abu; mengabui 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan pen­duduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai;Kamus Dewan Edisi Keempat
ingat1. masih ada dlm fikiran, tidak lupa: ia masih ~ lagi namaku; ~-ingat lupa antara ingat dgn tidak ingat (tidak berapa ingat); memberi ~ memberitahu (supaya ingat); 2. timbul lagi dlm fikiran, tahu, sedar: sesampai di pejabat baru saya ~ bahawa saya belum makan pagi; 3. (dlm keadaan) sedar, siuman: setelah beberapa lama pengsan maka ~lah ia akan dirinya; ~ akan keadaan diri sedar akan hal diri; tidak ~ a) terlupa; b) tidak sedarkan diri, pengsan; 4. = ingat-ingat hati­-hati, berjaga-jaga, bersedia-sedia: kata orang tua-tua, ~ sebelum kena; 5. bp bercadang, berhajat, berniat: dia ~ nak bertolak semalam tetapi tak sempat; 6. bp fikir, rasa: saya ~ perkara ini mesti diselesaikan dgn segera; ~ ranting yg akan melenting, dahan yg akan mencucuk, duri yg akan mengait prb ketika membuat sesuatu pekerjaan hendaklah sentiasa berhati-hati terhadap segala bahaya dan rintangan; ~ sebelum kena, jimat sebelum habis prb hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta; ~ yg di atas, yg di bawah akan menimpa prb, Mn orang yg berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajibannya (jangan sampai orang yg di bawahnya disusahkan atau menentangnya); seingat, seingat-ingat sepanjang ingatan (seseorang): selama bekerja dgn Datuk dan berpuankan Datin, ~ saya, dia tidak pernah membantah; berseingat ark berhati-hati; ~ diri berhati-hati supaya diri selamat; beringat, beringat-ingat berjaga-jaga, berhati-hati, cermat: dia sangat ~ pd masa berucap itu agar jangan tersinggung sesiapa; mengingat 1. ingat (akan): dia cuba ~ kembali perkara-perkara yg telah dipercakapkan; 2. peduli (akan), mengenang: beliau meminta supaya tiap-tiap anggota polis itu sentiasa ~ tugas mereka; mengingati mengingat akan: dia sentiasa ~ pesan ibunya; kata-kata cikgu tadi diingatinya kembali; mengingatkan 1. mengingat akan: keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang ~ sesuatu; 2. memberi ingat, memberi nasihat, dll supaya sedar akan tanggungjawab (kewajiban, tugas, dll): ibunya pernah ~ bahawa tidak ada sebaik-baik tempat utk mengadu selain drpd Tuhan; 3. menimbulkan ingatan (menyebabkan terkenang): sepasang kasut hitam yg telah tembus tapaknya ~ dia kpd pak ciknya di kampung; memperingati 1. mengenangkan sesuatu peristiwa dsb dgn perayaan (kenduri dll): perayaan itu diadakan kerana ~ hari tertubuhnya Malaysia; 2. mencatat, membuat peringatan (dlm buku dll); memperingatkan memberi ingat, memberi nasihat dll supaya sedar akan tanggungjawab dll: saya telah banyak kali ~ mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah; teringat ingat dgn tiba-tiba, terkenang, timbul dlm fikiran: dia ~ satu kisah yg hampir-hampir sama dgn pengalamannya sekarang; teringat-ingat terkenang-kenang, sentiasa ingat, tergambar dlm ingatan: walaupun telah lama berpisah tetapi saya masih ~ mukanya yg sentiasa tersenyum itu; teringatkan teringat akan; ingatan 1. sesuatu yg diingat, sesuatu yg timbul dlm fikiran: kalau tak salah ~ saya orang itu pernah datang meminta kerja di pejabat ini; 2. kuasa utk mengingat sesuatu (yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): walaupun umurnya telah lanjut ~nya masih kuat lagi; (menjawab) dgn ~ (menjawab soalan) dgn apa yg ada dlm ingatan (dgn tidak melihat buku catatan); 3. fikiran, kesedaran, sesuatu yg terbit dlm fikiran: tiba-tiba ~nya melayang kpd isteri dan anak-anaknya yg berada di kampung; pd masa itu ~ku hanya satu iaitu hendak menjadi seorang pelukis yg terkemuka; hilang ~ pengsan, tidak sedarkan diri; ~nya kurang baik fikirannya kurang sempurna (hampir-hampir nak gila); sakit ~ sakit otak (gila); 4. perhatian: sila ambil ~ bahawa kerja ini mesti disiapkan dlm tempoh seminggu lagi; 5. (Komp) bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat; ingat-ingatan 1. kenang-kenangan: pd masa hidup kita hendaklah membuat jasa utk menjadi ~ dan sebut-sebutan orang di belakang hari; 2. tidak berapa ingat, ingat lupa; peringatan 1. nasihat (teguran dll) utk diingati: saya telah beberapa kali mengingatkan dia tentang kecuaiannya itu tetapi ~ saya tidak dipedulikannya; 2. catatan, keterangan: semua perkara besar yg berlaku tiap-tiap hari dicatatnya dlm sebuah buku ~; 3. sesuatu yg digunakan utk memperingati atau mengenang sesuatu, kenang-kenangan: ia membeli sebuah lencana kecil tanda ~ menyambut kemerdekaan; tugu ~; 4. ingatan: ~ manusia hanya singkat sahaja; pengingatan perihal mengingati (mengingatkan); pengingat orang yg tidak mudah lupa sesuatu(yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): dia itu ~ benar orangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas