muka tebal | tidak tahu malu | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muka tebal | = ~ tembok tidak bermalu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muka tebal (tembok) | muka tak bermalu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tebal muka | tidak tahu malu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tebal muka | tidak tahu malu | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hemoi | (hémoi) Kd, Pl tidak malu-malu langsung, tebal muka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selamba | 1. pd lahirnya macam biasa (sedangkan sebenarnya telah berlaku sesuatu), ber-lagak seolah-olah tidak tahu, berpura-pura: kami pun turunlah buat muka ~ macam orang ada tiket kelas satu; 2. kurang ajar, tebal muka, tidak tahu malu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muka | 1 bahagian kepala di sebelah hadapan dr dahi hingga ke dagu: ~nya penuh dgn jerawat. air ~ a. rupa muka. b. maruah. 2 bahagian yg di hadapan; sebelah hadapan: Ia pergi ke pintu ~ utk melihat siapa yg datang. 3 hadapan: Perkara itu telah dibawa ke ~ pengadilan. 4 = ~ surat halaman (buku, makalah dll). 5 = permukaan bahagian yg di sebelah atas bidang yg menutupi sesuatu atau yg di atas sekali: Gunung Tahan tingginya 2,185 meter atau 7,186 kaki dr ~ laut. 6 yg terdahulu; pendahuluan; permulaan: wang (duit) ~ wang (duit) yg dibayarkan pd mulanya; cengkeram. 7 yg akan datang: minggu (bulan, tahun) ~ minggu (bulan, tahun) yg akan datang. ~ bumi bahagian bumi yg di sebelah atas yg meliputi bahagian yg datar, gunung-ganang dll; bidang bumi. ~ manis rupa muka yg menarik. ~ masam rupa muka yg menyatakan tidak senang atau kecewa. ~ papan muka yg tak tahu malu. ~ pintu ruang atau lapangan pintu tempat keluar masuk. ~ tebal (tembok) muka tak bermalu. kehilangan ~ mendapat malu. muka-muka; dgn ~ tidak ikhlas. bermuka mempunyai muka: tidak ~ malu. bermuka-muka 1 berhadap-hadapan; di hadapan muka. 2 tidak dgn ikhlas; berpura-pura: Orang itu ~ supaya segala kehendaknya dpt belaka. permukaan bahagian yg di sebelah atas sesuatu (bumi dll): ~ jalan itu tidak rata. pemuka orang yg di muka dlm sesuatu kegiatan, usaha dll; pemimpin; pembimbing; penganjur. di muka 1 di hadapan muka; dgn terang-terang: Ia membuat teguran ~ orang yg bkn. 2 di hadapan; di depan: ~ umum di hadapan khalayak ramai; ~ puasa menjelang puasa. ke muka 1 ke hadapan: Dia segera pergi ~ kelas apabila dipanggil oleh gurunya. 2 maju; mara: Dia ~ apabila dicabar oleh lawannya. mengemukakan 1 membawa ke hadapan atau ke muka. 2 mengetengahkan (sesuatu pendapat, cadangan dll); mengutarakan; mencadangkan. terkemuka diketahui umum; terkenal; ternama: Dlm bidang ekonomi, beliau memang ~ di Malaysia ini. semuka berhadapan muka. bersemuka bertemu muka; berhadapan muka. menyemukakan mempertemukan berhadap-hadapan; menjadikan berhadap-hadapan. persemukaan perbuatan atau hal bersemuka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cermin I | 1. = ~ muka kaca (biasanya dicat dgn raksa dll di bahagian belakangnya) utk melihat rupa muka sendiri, kaca muka: ia menggantungkan ~ itu di dlm bilik tidur; 2. kaca, gelas: ia menjengah-jengahkan mukanya ke tempat lauk-pauk yg dilingkungi ~ tebal; 3. ki = ~ perbandingan sesuatu yg dijadikan contoh (pelajaran, teladan) utk diikuti dll: tingkah laku seseorang guru itu menjadi ~ bagi murid-murid; 4. ki sesuatu yg menggambarkan (membayangkan) keadaan lahir atau batin (spt perasaan, fikiran, dll): sastera ialah ~ masyarakat tempat ia diciptakan; ~ bantal cermin kecil pd bantal seraga; ~ cekung cermin yg melengkung ke dlm; ~ cembung cermin yg melengkung ke luar spt bahagian luar bola; ~ mata kaca mata; ~ melengkung cermin yg cekung (cembung); ~ pembesar kanta yg digunakan utk melihat sesuatu dgn lebih besar; ~ penghidupan sesuatu yg boleh menjadi contoh (teladan, pelajaran) utk hidup; ~ sisi cermin yg dipasangkan pd sisi kanan atau pd kedua-dua sisi kenderaan (utk membolehkan pemandunya melihat kenderaan yg datang dr belakang); ~ tangan cermin kecil yg mempunyai tangkai pemegang; ~ telinga Id alat utk melihat dlm telinga; ~ terus sl cermin yg digunakan oleh tukang tilik (jurutenung) utk mengetahui atau meramalkan sesuatu; ~ wasiat cermin yg sakti atau hikmat; buruk muka ~ dibelah prb kerana kesalahan sendiri, orang lain yg dipersalahkan; bercermin 1. melihat muka sendiri dlm cermin (air jernih dll): ia memakai pakaian sambil ~; 2. memakai cermin, ada cerminnya, berkaca: almari pakaian biasanya ~; ~ mata memakai cermin mata; 3. ki mengambil teladan (contoh, pelajaran): kenapa kita mesti ~ kpd orang jahat; 4. ki meneliti, memeriksa; ~ bangkai mendapat (menanggung) malu; jangan ~ di air keruh prb jangan diturut teladan yg buruk; mencermini melihat pd cermin (supaya dapat melihat muka sendiri dll): bukan dicermini mukanya dahulu; mencerminkan membayangkan sesuatu yg lahir atau batin (spt sesuatu keadaan, pergolakan, perasaan, sikap, dll), menggambarkan: akhbar tersebut ~ dasar luar Filipina; muzik dapat ~ perasaan sedih, gembira, dll; mempe(r)cermin 1. menggunakan sesuatu sbg cermin; 2. = mempercerminkan selalu melihat (menyaksikan): hatinya telah kian renggang drpd nafsu kpd wang berbilang, kpd pangkat kehormatan yg selalu dipercerminkan drpd Tuan Direktornya; tercermin tergambar, terbayang: drpd ciptaan seninya yg bersungguh-sungguh itu, ~lah seluruh pergolakan jiwanya; cerminan gambaran, bayangan: ketiga-tiga watak ini memang dimaksudkan sbg ~ setengah-setengah manusia; pencerminan perihal mencerminkan: begitu juga karyanya lebih mementingkan unsur ~ sosial. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muka | 1 bahagian kepala di sebelah hadapan dr dagu hingga ke dahi: ~nya penuh dgn jerawat. air ~ rupa muka; wajah. 2 bahagian yg di hadapan; sebelah hadapan: Ia pergi ke pintu ~ utk melihat siapa yg datang. 3 hadapan: Perkara itu telah dibawa ke ~ pengadilan. 4 = ~ surat halaman buku. 5 = permukaan bahagian yg di sebelah atas bidang yg menutupi sesuatu atau yg di atas sekali: Gunung Tahan tingginya 2,185 meter atau 7,186 kaki dr ~ laut. 6 yg terdahulu; pendahuluan; permulaan: wang (duit) ~ wang (duit) yg dibayarkan pd mulanya; cengkeram. 7 yg akan datang: minggu (bulan, tahun) ~ minggu (bulan, tahun) yg akan datang. ~ bumi bahagian bumi yg di sebelah atas yg meliputi bahagian yg datar, gunung-ganang dll; bidang bumi. ~ dua tidak jujur; belot. ~ manis rupa muka yg menarik. ~ masam rupa muka yg menyatakan tidak senang atau kecewa. ~ papan muka yg tak tahu malu. ~ pintu ruang atau lapangan pintu tempat keluar masuk. ~ tebal (tembok) muka tak bermalu. muka-muka;dgn ~ tidak ikhlas. bermuka mempunyai muka: tidak ~ malu; ~ dua berlaku tidak jujur. bermuka-muka 1 berhadap-hadapan; di hadapan muka. 2 tidak dgn ikhlas; berpura-pura: Orang itu ~ supaya segala kehendaknya dpt belaka. permukaan bahagian yg di sebelah atas sesuatu (bumi dll): ~ jalanitu tidak rata. pemuka orang yg di muka dlm sesuatu kegiatan, usaha dll; pemimpin; pembimbing; penganjur. di muka 1 di hadapan muka; dgn terang-terang: Ia membuat teguran ~ orang yg bkn. 2 di hadapan; di depan: ~ umum di hadapan khalayak ramai; ~ puasa menjelang puasa. ke muka 1 ke hadapan: Dia segera pergi ~ kelas apabila dipanggil oleh gurunya. 2 maju; mara: Dia ~ apabila dicabar oleh lawannya. mengemukakan 1 membawa ke hadapan atau ke muka. 2 mengetengahkan (sesuatu pendapat, cadangan dll); mengutarakan; mencadangkan. terkemuka diketahui umum; terkenal; ternama: Dlm bidang ekonomi, beliau memang ~ di Malaysia ini. semuka berhadapan muka. bersemuka bertemu muka; berhadapan muka. menyemukakan mempertemukan berhadap-hadapan; menjadikan berhadap-hadapan. persemukaan perbuatan atau hal bersemuka. | Kamus Pelajar |