Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.lia] | موليا

Definisi : 1. tinggi (kedudukan, pangkat, martabat, dsb), luhur, terhormat, tertinggi; yg maha ~ panggilan utk sultan dan raja yg memerintah; yg teramat ~ panggilan utk raja muda (bakal raja); yg amat ~ panggilan utk anak-anak raja (keluarga diraja yg dekat-dekat); yg ~ panggilan utk orang baik-baik; ~ raya yg besar lagi dihormati; 2. tinggi mutunya, berharga (barang, logam, dll); logam ~ emas dan perak; memuliakan 1. menjadikan mulia: firman Tuhan lagi, “Dan sesungguhnya Kami telah ~ bani Adam”; 2. menjunjung tinggi, meng­hormati; ~ janji menepati janji; mempermulia 1. menjadikan lebih mulia; 2. sl (sangat) menghormati: hatta Raja Rekan pun datang mengadap ke Melaka, sangat dipermulia oleh Sultan Muhammad; kemuliaan perihal mulia, kebesaran, kehor­matan, keluhuran: kehidupan raja, ~ dan kebesarannya sering dikaitkan dgn peristiwa sejarah bangsa Melayu; pemuliaan perihal (perbuatan) memuliakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.lia] | موليا

Definisi : 1 tinggi kedudukan, pangkat dll; terhormat: Yang Maha ~. 2 tinggi mutunya; berharga: logam ~ emas dan perak. memuliakan 1 menjadikan mulia. 2 menjunjung tinggi; sangat menghormati: ~ suruhan Tuhan menjunjung tinggi perintah Tuhan. ~ janji menepati janji. mempermulia menjadikan lebih mulia. kemuliaan keadaan mulia; kebesaran; kehormatan. pemuliaan perihal atau perbuatan memuliakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mulia (adjektif)
Bersinonim dengan luhur, tertinggi, terhormat, murni, suci, kudus, bersih, agung, utama, syahdu, sani;,
Kata Terbitan : memuliakan, kemuliaan, pemuliaan,

Puisi
 

Hormat dulu diri sendiri,
     Itulah tanda orang yang mulia;
Jangan dikejar gunung yang berlari,
     Hilang kabus nampaklah dia.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kaum ningratgolongan orang mulia-mulia (besar-besar), kaum bangsawan, kaum borjuis;Kamus Dewan Edisi Keempat
ningrat= kaum ~ golongan orang mulia-mulia (besar-besar), kaum bangsawan, kaum borjuis; keningratan perihal (sifat) ningrat: janggut mereka sbg tanda ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
bangsawan1 orang yg berbangsa; orang dr keturunan yg mulia-mulia: Dia sebenarnya anak orang ~, tetapi dia sengaja menyembunyikan hal itu. 2 sj pertunjukan sandiwara serta tarian dan juga nyanyian: panggung ~ panggung tempat bangsawan dipertunjukkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bangsawan1. orang yg berbangsa; orang dr keturunan yg mulia-mulia: Dia sebenarnya anak orang ~ , tetapi dia sengaja menyembunyikan hal itu. 2. sj pertunjukan sandiwara serta tarian dan juga nyanyian:panggung ~ panggung tempat bangsawan dipertunjukkan.Kamus Pelajar
tahfifahAr, sl hadiah, persembahan (kpd orang yg terhormat): maka Raja Kida Hindi pun keluarlah menghadap Raja Iskandar dgn segala persembahannya, drpd ~ yg mulia-mulia dan drpd mata benda yg ajaib-ajaib.Kamus Dewan Edisi Keempat
berbangsa1 berasal dr sesuatu bangsa; termasuk dlm golongan sesuatu bangsa: Orang asing itu mencari seorang guru ~ Melayu utk mengajarkan bahasa Melayu. 2 berasal dr keturunan orang mulia-mulia: Tun Teja ialah anak orang berasal lagi ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berbangsa1. berasal dr sesuatu bangsa; termasuk dlm golongan sesuatu bangsa: Orang asing itu mencari seorang guru ~ Melayu utk mengajarkan bahasa Malaysia. 2. berasal dr keturunan orang mulia-mulia: Tun Teja adalah anak orang berasal lagi ~.Kamus Pelajar
bangsa1 kumplan manusia yg sama asal usulnya serta serupa sifat-sifatnya: ~ Melayu. 2 kumpulan manusia yg menjadi rakyat sesebuah negara: ~ Malaysia. berbangsa 1 berasal dr sesuatu bangsa; termasuk dlm golongan sesuatu bangsa: Orang asing itu mencari seorang guru ~ Melayu utk mengajarkan bahasa Melayu. 2 berasal dr keturunan orang mulia-mulia: Tun Teja ialah anak orang berasal lagi ~. kebangsaan hal yg berkaitan dgn bangsa; mengenai bangsa: lagu ~ Malaysia. bangsawan 1 orang yg berbangsa; orang dr keturunan yg mulia-mulia: Dia sebenarnya anak orang ~, tetapi dia sengaja menyembunyikan hal itu. 2 sj pertunjukan sandiwara serta tarian dan juga nyanyian: panggung ~ panggung tempat bangsawan dipertunjukkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
paduka1. sl kasut, sepatu; 2. panggilan kpd sultan dan raja: Seri P~ Baginda Yang di-Pertuan Agong; 3. panggilan kpd orang yg dimuliakan: surat ~ ayahanda sudah anak-anda terima; 4. gelaran orang yg berpangkat (mulia-mulia dll): Bendahara P~ Raja; Dato’ P~; Imam P~ Tuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mulia1 tinggi kedudukan, pangkat dll; terhormat: Yang Maha ~. 2 tinggi mutunya; berharga: logam ~ emas dan perak. memuliakan 1 menjadikan mulia. 2 menjunjung tinggi; sangat menghormati: ~ suruhan Tuhan menjunjung tinggi perintah Tuhan. ~ janji menepati janji. mempermulia menjadikan lebih mulia. kemuliaan keadaan mulia; kebesaran; kehormatan. pemuliaan perihal atau perbuatan memuliakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas