Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mum.bang] | مومبڠ

Definisi : putik kelapa (yg masih kecil); ~ jatuh, kelapa jatuh prb tiap-tiap yg ber­nyawa akan mati juga; cuba-cuba menanam ~, jika hidup turus negeri prb tetap mene­ruskan sesuatu pekerjaan mungkin akan men­datangkan hasil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mum.bang] | مومبڠ

Definisi : putik kelapa yg masih kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mumbang

Puisi
 

Lumba-lumba main gelombang,
     Riak sampai Kuala Linggi;
Cuba-cuba menanam mumbang,
     Kalau hidup tuah negeri.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menanam mumbang.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menamai anak dalam kandungan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mumbangputik kelapa yg masih kecil.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mumbangputik kelapa (yg masih kecil); ~ jatuh, kelapa jatuh prb tiap-tiap yg ber­nyawa akan mati juga; cuba-cuba menanam ~, jika hidup turus negeri prb tetap mene­ruskan sesuatu pekerjaan mungkin akan men­datangkan hasil.Kamus Dewan Edisi Keempat
mumbangputik kelapa yg masih kecil.Kamus Pelajar
bungsilark putik nyiur, mumbang.Kamus Dewan Edisi Keempat
belulukJw 1. putik buah kelapa, mumbang; 2. buah enau, belolok.Kamus Dewan Edisi Keempat
nyiursj tumbuhan (palma dan buahnya), kelapa, Cocos nucifera; ~ bawang = ~ manis kelapa yg boleh dimakan dgn sabut-sabutnya; ~ bisu Kl orang tua yg pendiam tetapi berakal; ~ cungkilan = ~ sungkuran buah kelapa yg isinya baru hendak keras; ~ dara pohon kelapa yg belum berbuah; ~ gading a) pohon kelapa yg agak kekuning-kuningan warna pelepah dan buahnya (biasanya ditanam sbg perhiasan), Cocos plumosa; b) Kl anak gadis yg comel-comel (kesayangan ibu bapa); ~ ingusan buah kelapa yg baru hendak berisi; ~ kapal Kl nyiur yg berbatang kecil dan rendah; ~ koman Kl, ki orang yg tidak berguna kpd masyarakat; ~ masam Kl a) nyiur yg busuk kerana rosak; b) perempuan yg tidak berguna; apabila patah tumbuh ~ itu, tumbuh ~ juga akan gantinya prb ganti yg hilang itu mestilah yg sama pula; laksana ~, mumbang dibuat pincuk hendak menghilangkan kelat prb tidak boleh orang yg bukan bangsawan itu disuruh mengatur kedudukan orang besar-besar dlm sesuatu majlis; orang yg bertanam pokok ~, terkadang-kadang tiada makan buahnya prb orang yg menghimpun harta atau berbuat sesuatu itu adakalanya tidak mendapat faedah daripadanya; umpama memerah ~, santan diambil hampas dibuang prb mendengar perkataan orang hendaklah dipilih mana-mana yg baik dan benar, dan yg buruk dibuang.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas