musabaqah | peraduan membaca al-Quran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
musabaqah tilawatil Quran | pertandingan membaca al-Quran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
musabaqah | Ar pertandingan: ~ tilawatil Quran pertandingan membaca al-Quran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
musabaqah | peraduan membaca al-Quran (biasanya diadakan dlm bulan puasa). | Kamus Pelajar |
pembukaan | perbuatan atau hal membuka: Majlis ~ musabaqah membaca al-Quran di Stadium Negara itu telah dihadiri oleh lebih drpd 15,000 orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembukaan | perbuatan atau hal membuka: Majlis ~ musabaqah membaca al-Quran di Stadium Negara itu telah dihadiri oleh lebih drpd 15,000 orang. | Kamus Pelajar |
buka | jarak lintangnya; besar lebarnya: Jalan raya yg baru dibina itu, ~nya lima depa. berbuka, = ~ puasa makan atau minum ketika masuk matahari sesudah berpuasa pd siangnya; mengakhiri puasa dgn makan atau minum. membuka 1 menjadikan tidak bertutup atau tidak tertutup lagi: Pagi-pagi lagi, ibu sudah ~ jendela supaya udara bersih masuk ke dlm rumah. 2 menjadikan tidak berpakaian lagi; melucutkan pakaian dsb: Sebelum memasuki masjid, kita hendaklah ~ kasut terlebih dahulu. 3 menjadikan tidak bersimpul lagi: ~ tali. 4 menjadikan tidak bergulung atau tidak berlipat lagi; mengembangkan atau membentangkan hingga tidak kuncup: ~ payung; ~ lipatan. 5 memulakan sesuatu usaha, kegiatan dll; mengusahakan sesuatu perkara dll: Syarikat Syamelin telah ~ beberapa buah kedai di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia. 6 menjadikan dpt dilihat atau diketahui: ~ rahsia. ~ hati menimbulkan perasaan ingin akan sesuatu atau hendak melakukan sesuatu. ~ jalan memulakan sesuatu tindakan utk memungkinkan tindakan-tindakan berikutnya dilakukan dgn licin. ~ langkah a. mula melangkah. b. mula melakukan sesuatu tindakan. ~ langkah seribu lari meninggalkan sesuatu tempat. ~ mata melihat (dlm berbagai-bagai hal). ~ mulut berkata; menuturkan sesuatu. ~ telinga mendengar baik-baik. ~ belang menceritakan keburukan seorang kpd orang lain. membukakan membuka sesuatu utk: Ia ~ adiknya jendela yg masih tertutup di bilik tidurnya. terbuka 1 tidak tertutup lagi; sudah dibuka tutupnya. 2 tidak tersekat atau tidak terlarang; siapa-siapa pun boleh masuk. bukaan ist 1 bahagian terbuka pd sesuatu jasad berbentuk tetap yg membenarkan cahaya, air dll melaluinya. 2 bahagian kanta pd kamera, teleskop dsb yg membenarkan cahaya melaluinya. perbukaan makanan yg disediakan utk berbuka puasa. pembukaan perbuatan atau hal membuka: Majlis ~ musabaqah membaca al-Quran di Stadium Negara itu telah dihadiri oleh lebih drpd 15,000 orang. pembuka 1 orang yg membuka: ~ jalan. 2 alat yg digunakan utk membuka: ~ botol. ~ kata pendahuluan atau permulaan kata. ~ selera sesuatu yg membuka selera atau yg mendatangkan selera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
buka | jarak lintangnya; besar lebarnya: Jalan raya yg baru dibina itu, ~nya lima depa. berbuka = ~ puasa makan atau minum ketika masuk matahari sesudah berpuasa pada siangnya; mengakhiri puasa dgn makan atau minum. membuka 1. menjadikan tidak bertutup atau tidak tertutup lagi: Pagi-pagi lagi, ibu sudah ~ jendela supaya udara bersih masuk ke dlm rumah. 2. menjadikan tidak berpakaian lagi; melucutkan pakaian dsb: Sebelum memasuki masjid, kita hendaklah ~ kasut terlebih dahulu. 3. menjadikan tidak bersimpul lagi. ~ tali. 4. menjadikan tidak bergulung atau tidak berlipat lagi; mengembangkan atau membentangkan hingga tidak kuncup:~ payung; ~ lipatan. 5. memulakan sesuatu usaha, kegiatan dll; mengusahakan sesuatu perkara dll: Syarikat Syamelin telah ~ beberapa buah kedai di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia. 6. menjadikan dpt dilihat atau diketahui: ~ rahsia. ~ jalan memulakan sesuatu tindakan utk memungkinkan tindakan-tindakan berikutnya dilakukan dgn licin. ~ langkah a. mula melangkah. b. mula melakukan sesuatu tindakan: ~ langkah seribu lari meninggalkan sesuatu tempat. ~ mata melihat (dlm berbagai-bagai hal). ~ mulut berkata; menuturkan sesuatu. ~ telinga mendengar baik-baik. ~ belang menceritakan keburukan seorang kpd orang lain. membukakan membuka sesuatu utk: Ia ~ adiknya jendela yg masih tertutup di bilik tidurnya. terbuka 1. tidak tertutup lagi; sudah dibuka tutupnya. 2. tidak tersekat atau tidak terlarang; siapa-siapa pun boleh masuk. perbukaan makanan yg disediakan utk berbuka puasa. pembukaan perbuatan atau hal membuka: Majlis ~ musabaqah membaca al-Quran di Stadium Negara itu telah dihadiri oleh lebih drpd 15,000 orang. pembuka 1. orang yg membuka: ~ jalan. 2. alat yg digunakan utk membuka: ~ botol. ~ kata pendahuluan atau permulaan kata. ~ selera sesuatu yg membuka selera atau yg mendatangkan selera. | Kamus Pelajar |