Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.sim] | موسيم

Definisi : 1. masa yg tetap atau khusus tiap tahun mengikut perubahan iklim: dlm ~ bunga, salji menjadi cair dan meresap ke dlm tanah; 2. ketika atau masa tertentu tiap tahun (ketika pokok berbuah, buah mulai masak, dll): orang kita gemar memakan buah-buahan, tetapi biasanya buah-buahan itu dimakan pd ~nya sahaja; 3. masa berlakunya sesuatu atau beberapa peristiwa (kejadian dsb) yg serupa: Karim kebingungan menghadapi ~ perang; ~ angin masa angin bertiup; ~ bah (banjir) musim selalu berlaku banjir; ~ barat Id musim hujan di Sumatera dan Jawa; ~ buah (buah-buahan) masa pokok berbuah; ~ bunga (semi) musim tumbuh-tumbuhan kembali bertunas dan berbunga (pd akhir musim sejuk); ~ dingin (sejuk) musim udara sejuk (di negeri­negeri berhawa dingin); ~ haji masa orang menunaikan fardu haji; ~ kelambu menung-gal (tutup kuala, utara) masa angin timur laut bertiup (dr bulan November hingga bulan Januari); ~ kemarau musim udara panas terik dan hujan tidak turun; ~ luruh (gugur, rontok) musim tumbuh-tumbuhan meluruhkan atau menggugurkan daun-daunan (kerana musim dingin hampir tiba); ~ menuai (panen) masa menuai padi; ~ panas musim antara musim dingin dgn musim luruh (ketika udara panas); ~ tenggara (jawa, selatan) masa angin bertiup dr barat laut dan membawa hujan (dr bulan Jun hingga bulan September); ~ tengkujuh musim hujan selalu turun; semusim 1. sama musimnya; 2. masa kira­kira setahun (dr musim tertentu hingga kem­bali musim itu lagi): ada ~ baginda duduk di dlm negeri itu, beranak seorang laki-laki ber-nama Encik Tayan; bermusim 1. sudah sampai atau tiba musim­nya; belum ~ belum sampai musim atau masa­nya; 2. mengikut musim: tanam-tanaman ~; musiman mengikut musim (waktu) terten­tu: acara ~ utk tujuan-tujuan semasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.sim] | موسيم

Definisi : 1 masa yg tetap dlm setiap tahun mengikut perubahan iklim: Dlm ~ sejuk, salji turun dgn banyaknya. 2 masa yg tertentu dlm tiap-tiap tahun (ketika pokok berbuah dll): ~ durian. 3 masa berlakunya sesuatu: ~ perang. ~ bah musim hujan dan selalu berlaku banjir. ~ haji musim orang menunaikan fardu haji. ~ luruh musim daun tumbuh-tumbuhan gugur. ~ menuai masa menuai padi. ~ tengkujuh musim hujan selalu turun. bermusim 1 sudah sampai atau tiba musimnya: Durian belum ~ lagi. 2 mengikut musim (tidak sebarang waktu saja): Durian dan rambutan ialah jenis buah-buahan yg ~. semusim sama musimnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musim (kata nama)
Bersinonim dengan masa, waktu, tempoh, jangka masa, jangka waktu;,
Kata Terbitan : bermusim,

Puisi
 

Ada seorang nama Cik Daud,
     Tanam bunga di tepi kolam;
Musim ini musim ribut,
     Bolehkah karam di laut dalam?


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Zaman beralih,
     musim bertukar.

Bermaksud :

Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pancaroba1. pertukaran atau peralihan musim (cuaca kadang-kadang baik, kadang-kadang buruk, dll); angin ~ angin yg berubah-ubah (tiada tetap arahnya); musim ~ musim antara musim kemarau dan musim hujan; 2. ki ke­adaan yg kacau (tidak tentu arah): bagaimana mereka itu akan hidup dlm dunia yg sekarang penuh dgn ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemarau1 tidak berair; kering. 2 = musim ~ musim panas terik dan hujan tidak turun; musim kering: Dlm musim ~, banyak tumbuhan yg mati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
semitunas, taruk; musim ~ musim bunga (selepas musim sejuk); bersemi bertunas: tanah penimba belum spt semula, kayu kemboja belum panjang ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemarau1. kering (tidak berair); 2. = musim ~ musim kering (tidak turun hujan utk jangka masa yg lama): musim ~ yg berlanjutan selama beberapa minggu telah menyebabkan hasil padi di kawasan itu merosot; ~ bulan lima Kl, Tr musim kemarau yg paling kering dan panas sekali; ~ keras musim kemarau panjang; salangkan (sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula ~ panjang prb a) sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; b) sedang waktu makmur tidak senang, apa lagi waktu susah.Kamus Dewan Edisi Keempat
rontokJk 1. gugur (buah-buahan, bunga), luruh, (bulu, daun, dll), banyak tanggal (gigi), terkelupas (cat, kulit, dll); musim ~ musim gugur (antara musim panas dan musim dingin); penyakit ~ rambut penyakit yg menyebabkan luruhnya rambut; 2. ki semakin berkurang (kesihatan, tenaga, dll), semakin lemah: semangat perbudakan mulai ~, dan timbul semangat baharu yg semakin lama semakin besar; merontokkan menggugurkan, meluruhkan, menanggalkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
luruhgugur kerana sudah masak (bkn buah-buahan); gugur kerana sudah sampai masanya (bkn bulu, daun dll). musim ~ musim daun-daun gugur (antara musim panas dgn musim sejuk). meluruh 1 mula gugur atau luruh (bkn daun-daunan); meranggas. 2 bertukar bulu (bkn ayam dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
gelora1. ombak yg melambung hebat, air laut yg bergelora dgn hebat, banjir besar; 2. = musim ~ musim hujan dan badai, musim air bah; 3. perasaan yg bergolak (tidak tenang); ~ hati perasaan hati yg bergolak-golak; bergelora, menggelora 1. bergelombang besar, mengombak; 2. sangat gelisah (perasaan), berkobar-kobar (semangat): semangat kebangsaan telah ~; menggelorakan membangkitkan, mengobarkan (semangat dll), menaikkan perasaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
penghujan= musim ~ musim hujan; hari ~ hari yg selalu hujan.Kamus Dewan Edisi Keempat
semitunas: musim ~ musim selepas mu­sim sejuk. bersemi bertunas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
musim pancarobamusim antara musim kemarau dan musim hujan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas