tepis I | menepis mengelakkan pukulan, serangan, dsb: dia mencuba ~ tetapi tidak berjaya; ke-mungkinan utk ~ tindakan tentera pihak musuh; menepiskan 1. menangkis pukulan (serangan dll) dgn belakang tangan: Folley kelihatan tidak berdaya hendak menepiskan penumbuk Mohammad Ali yg pantas itu; 2. mengibas dgn tangan: Wahab menepis-nepiskan habuk dr kemejanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
musuh | 1 orang yg ditentang (dlm peperangan, perkelahian dll); lawan; seteru: Mereka mempelajari cara-cara mempertahankan diri drpd serangan ~. 2 sesuatu yg mengancam kesihatan, jiwa dll; sesuatu yg merosakkan: ~ yg sering merosakkan padi ialah tikus. ~ ketat musuh yg paling besar. ~-masah berbagai-bagai musuh. ~ dlm selimut musuh yg sangat dekat dan ada dlm lingkungan sendiri. bermusuh bersikap sbg musuh antara satu dgn yg lain; bertentangan: Dua orang adik-beradik itu selalu saja ~. bermusuhan saling menganggap sbg musuh antara satu dgn yg lain: Sejak dahulu lagi, mereka ~. memusuhi menganggap seseorang atau sesuatu sbg musuh; menentang: Kami tidak ~ sesiapa. permusuhan perihal bermusuh; perseteruan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
subahat | 1 perasaan kurang percaya; ragu-ragu; syak. 2 orang yg bekerjasama dlm sesuatu perbuatan jahat (spt bekerjasama dgn musuh). bersubahat 1 berasa syak; berasa ragu-ragu. 2 bekerjasama dlm sesuatu pakatan jahat dll: Orang-orang yg ~ dgn musuh akan dihukum bunuh. persubahatan perbuatan bersubahat: ~nya dgn kumpulan itu telah lama diketahui polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ikrar | Ar 1. lafaz janji, pengakuan dsb; 2. janji yg sungguh-sungguh, biasanya disertai dgn sumpah, pengakuan: kami membuat ~ akan tetap setia antara satu sama lain; membaca ~; 3. ark piagam: ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; berikrar berjanji dgn sungguh-sungguh hati secara lisan: orang kampung itu telah ~ akan bersatu padu utk menentang musuh; mengikrarkan 1. melafazkan janji, pengakuan dsb: berjuta-juta rakyat negeri ini ~ kesediaan mereka utk membela ibu pertiwi; 2. mengakui, menetapkan sah, membenarkan: ~ syarat-syarat perjanjian itu; 3. menetapkan niat; pengikraran perbuatan mengikrarkan; pengikrar orang (kumpulan orang dsb) yg berikrar atau mengikrarkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketat | 1 erat melekat hingga susah hendak ditanggalkan (spt keris pd sarungnya); tidak longgar; sendat (spt sumbat pd botol): Ambil sebiji botol yg kosong dan sumbat mulutnya ~-~ dgn gabus. 2 ki keras (peraturan dll); teliti dan rapi (kawalan dll): Tempat-tempat yg penting dikawal ~ siang dan malam. 3 paling ditentang; paling besar: musuh ~. mengetatkan 1 menjadikan ketat (susah hendak dicabut atau ditanggalkan): ~ skru. 2 ki menjadikan keras (peraturan dll); menjadikan rapi (kawalan dll); memperketat menjadikan lebih ketat; mempererat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cedera I | 1. cacat, cela (sedikit): tuan hamba, tegur oleh tuan hamba jika ~nya pakaian hamba ini; 2. luka (patah tulang dsb): tiga orang telah ~ dlm kemalangan itu; 3. menderita, merana, celaka, rugi: kena ~ Mn a) didatangi musuh dgn tiba-tiba, digeledah dgn tiba-tiba; b) dianiayai (dicelakakan) orang; c) menderita kerana pekerjaan berat dll; mencedera Mn mendatangi (menggeledah) dgn tiba-tiba; mencederakan menyebabkan cedera (luka, patah tulang, dsb): mereka telah ~ beberapa orang musuh; tercedera 1. mendapat cedera (luka, patah, dsb): ayah Hilmi ~ dlm satu serangan; 2. Mn merana; kecederaan keadaan cedera (luka, patah tulang, dsb): bermain-main semasa bekerja kerap kali menyebabkan orang lain mendapat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keluar | 1 bergerak dr sebelah dalam (bilik, pejabat dll) ke sebelah luarnya: Dia ~ dr bilik mesyuarat. 2 berhenti drpd menjadi anggota persatuan dsb; berhenti kerja: Dia ~ dr parti yg ditubuhkannya sendiri. 3 menampakkan diri; muncul: Sudah hampir seminggu dia tidak ~. 4 diedarkan (bkn surat khabar, majalah dll); terbit; tersiar: Laporan Suruhanjaya mengenai Badan-Badan Berkanun akan ~ tidak lama lagi. mengeluari keluar utk menentang (menghalau dsb) seseorang: ~ musuh. mengeluarkan 1 memindahkan barang dll ke sebelah luar; membawa ke luar: Dia ~ sehelai sapu tangan dr dlm sakunya. 2 melahirkan atau menyatakan (pendapat dll): Mereka tidak mempunyai kebebasan dan tidak boleh ~ fikiran sendiri. 3 membelanjakan wang utk sesuatu: Mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk membiayai projek itu. 4 menerbitkan buku, majalah dll: Dewan Bahasa akan ~ kamus Inggeris-Melayu tidak lama lagi. 5 menghasilkan getah, bijih timah dll: Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ getah asli. 6 menghentikan drpd jawatan dll; memecat: Ia telah dikeluarkan dr persatuan itu kerana kecurangannya. terkeluar 1 tidak termasuk dlm sesuatu tajuk (perkara dll); berada di luar; terdapat di luar: Isi karangannya telah ~ drpd tajuk asal. Dompetnya kelihatan ~ sedikit dr koceknya. 2 dpt dikeluarkan (dicabut dsb): Ketika itulah ~ segala makiannya terhadap orang itu. keluaran (sesuatu) yg dikeluarkan, dihasilkan, diterbitkan dll: majalah ~ bulan Mei. pengeluaran perbuatan atau hal mengeluarkan (menghasilkan): ~ buku teks hendaklah diperbanyak pd tahun-tahun yg akan datang. pengeluar orang (negeri, syarikat dll) yg mengeluarkan atau yg menghasilkan sesuatu: Malaysia ialah negara ~ getah asli yg utama di dunia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekat | alat yg digunakan utk membahagi-bahagikan sesuatu ruang dll: Di dlm bilik yg sempit itu, dipasang pula ~ drpd kadbod. bersekat 1 ada sekatnya; memakai sekat: ruang yg tidak ~. 2 ki berbatas; terhad: Kuasa diktator tidak ~. menyekat 1 membahagi-bahagikan sesuatu ruang dgn sekat; memisahkan dgn sekat; mengadang: Mereka telah ~ tempat kaum wanita dr tempat kaum lelaki dgn tabir. 2 menahan supaya tidak merebak atau tidak melimpah; menahan supaya tidak dpt maju; menghalang: Tentera kita telah berjaya ~ kemaraan tentera musuh. sekatan 1 alat yg digunakan utk menyekat sesuatu; sekat. 2 apa-apa yg menghalang sesuatu pergerakan dll; hasil menyekat; halangan; rintangan: ~ ekonomi terhadap negara itu masih berjalan sekarang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
siap | 1 sudah disediakan dan tinggal menggunakan atau memakainya saja; sudah sedia: Makanan sudah ~, marilah kita makan. 2 sudah selesai dikerjakan dll: Sudah dua tahun dikerjakan, bangunan itu masih belum ~ lagi. 3 = ~ sedia sudah bersedia utk melakukan sesuatu dll: Mereka sudah ~ utk menentang musuh. ~ pakai (sudah) siap atau sedia utk dipakai (digunakan): baju ~ pakai. bersiap 1 bekerja utk mengemaskan atau utk mengatur sesuatu: Encik Ahmad ~ menghamparkan tikar lalu mempersilakan tetamu naik. 2 bersedia menghadapi sesuatu; berjaga-jaga; berwaspada: Masing-masing pun ~ menunggu serangan musuh. menyiapkan 1 mengurus sesuatu supaya siap teratur; menyediakan: Isterinya sedang ~ sarapan. 2 menyelesaikan sesuatu pekerjaan dll; menyudahkan: Kami terpaksa ~ sebuah rumah dlm masa enam bulan. mempersiapkan mengusahakan supaya bersiap: Bala tentera dipersiapkan utk menghadapi musuh. persiapan perbuatan atau hal bersiap; persediaan: Mereka sedang menjalani latihan sbg ~ utk menyertai sukan Olimpik nanti. penyiapan perbuatan atau hal menyiapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seksa | (séksa) 1. kesengsaraan (kesusahan, ke-sakitan, dll) yg dideritai sbg hukuman, hukuman yg menyakitkan (menyusahkan dll), aniaya, azab: azab ~ Tuhan akan menimpa orang yg tidak jujur; 2. pedih, sakit, sengsara, susah: hidup pun ~ benar; menyeksa 1. memberi atau menghukum seseorang supaya sengsara (sakit, susah, dll), menganiaya: lain yg salah lain yg diseksa; 2. menyakitkan, menyusahkan: ~ diri sendiri; menyeksai menyeksa berkali-kali; terseksa (telah) mengalami seksa (kesengsaraan, kesakitan dsb), (telah diseksa): jiwa mana yg tidak ~; lebih baik mati di medan perjuangan drpd hidup ~ di bawah cengkaman musuh; seksaan 1. aniaya, penganiayaan: mereka menjadikan perkahwinan bukan sbg syurga dunia melainkan sbg neraka ~; 2. kesakitan, kesusahan: keluhannya keluar bagaikan satu ~ yg tidak tertanggung lagi; penyeksaan perihal menyeksa, penganiayaan: sekarang dia berasa lapang kerana ter-lepas drpd ~ jiwa yg dihadapinya; penyeksa 1. orang yg menyeksa; 2. sesuatu yg menyeksa (peperangan, kebuluran, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |