musuh II | ; ~ lebah sj burung, Indicator archi-pelagus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepai II | orang yg tugasnya mencari rahsia musuh atau memperhatikan gerak-geri musuh; penyuluh. | Kamus Pelajar |
sepai II | bp orang yg tugasnya mencari rahsia musuh atau memperhatikan gerak-geri musuh; penyuluh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kamikaze | (kamikazé) juruterbang tentera udara Jepun yg sanggup mati dgn menjunamkan pesawatnya pd sasaran musuh semasa Perang Dunia II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gayung II | 1. sl sj tongkat yg dipakai sbg senjata; 2. pukulan, tetakan, tikaman, dll (dgn senjata); main ~ bersilat (bertinju dll); 3. = ilmu ~ sj mantera utk menyakitkan (membunuh dll) orang dr jauh; ~ bersambut kata berjawab prb mengelakkan serangan musuh atau menjawab percakapan orang; ~ tua, ~ memutus prb cakap orang tua-tua biasanya benar; bergayung bersilat (bertikam dll); orang ~ sama pandai sama bak kundi atas dulang prb sama arif dan bijaksana; menggayung 1. menetak, menikam, menombak dll (dgn senjata); 2. mengucapkan mantera utk membunuh musuh dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luluk II | sl mata-mata; meluluk mengintai, mengintip (musuh dll); lolok I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangsang II | Jw; merangsang 1. menyerang, menyerbu: Peringgi banyak mati ~ ke laut, dibunuh orang Melayu; ~ musuh; 2. membantah perkataan (pendapat dll), menyanggah: kalau disuruh ia ~; perangsang pasukan yg menyerang, penggempur, penyerbu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lolok I | ; melolok mengintip, mengintai (musuh); pelolok sl mata-mata; ®luluk II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mara II | bergerak ke hadapan; tampil ke muka; maju: Mereka ~ lebih kurang 10 kilometer sehari. memarakan menggerakkan ke hadapan; memajukan. kemaraan perbuatan atau hal mara: ~ tentera musuh telah dpt dipatahkan oleh tentera kita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
risik II | = risikan 1. usaha (dgn diam-diam) utk mengetahui sesuatu, penyiasatan yg dilakukan dgn sembunyi-sembunyi, pengusutan: ~-~ damai telah dibuat melalui Bangkok; drpd ~ yg dibuat, ternyata kekuatan musuh lebih besar drpd yg dijangka semula; 2. keterangan (bukti) yg diperoleh secara rahsia: ia mendapat ~ bahawa rancangannya telah diketahui orang; merisik 1. menyelidiki atau menyiasat dgn sembunyi-sembunyi (bersulit-sulit): setelah beberapa lama ~, ia mendapat kepastian bahawa orang yg dirisik itu hanya seorang musafir; 2. (mengirim orang) menyiasat berjaya atau tidak pinangan, mengirim orang utk meminang: dia menyuruh saya ~ Wan Mahani anak Pak Haji...; maka ~lah ibunya di kampung mencari gadis yg baik utk menjadi isterinya; perisikan perihal (kegiatan dsb) merisik: pengarah ~; perisik orang atau jabatan yg tugasnya merisik (mencari keterangan, dll dgn sembunyi-sembunyi): pegawai ~; polis ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |