bahaya | sesuatu yg (dapat) mendatangkan bencana (kecelakaan, nahas, dll): dlm nahas kereta itu, ia sendiri yg terlepas drpd ~;~ api = ~ kebakaran bencana yg boleh disebabkan oleh api; ~ bencana berbagai-bagai bencana; ~ kelaparan sesuatu yg boleh menyebabkan kelaparan; ~ maut sesuatu yg menyebabkan mati; ~ rugi kemungkinan rugi; menempah ~ sengaja melakukan sesuatu yg sudah diketahui boleh mendatangkan bahaya; berbahaya boleh mendatangkan bahaya, dlm (terancam oleh) bahaya: janganlah dikerjakan pekerjaan yg ~;keberbahayaan perihal atau keadaan yg berbahaya: ~ itu tersembunyi dlm pembinaan tamadun Barat;membahayakan mendatangkan bahaya: di bandar itu ada tempat yg ~, tempat banyak orang kena rompak; merokok ~ kesihatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nahas | 1 sial yg berpunca drpd sesuatu yg dianggap kurang baik; malang. 2 kemalangan; kecelakaan: Dia telah mati dlm ~ jalan raya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nahas kepala(head crash) | Keadaan yang berlaku dalam sistem pemacu cakera apabila kepala pembaca tersentuh permukaan cakera secara tidak sengaja. | Kamus Komputer |
nahas cakera(disk crash) | Kerosakan unit cakera, biasanya akibat kepala baca/tulis tersentuh permukaan cakera. | Kamus Komputer |
nahas | 1 sial yg berpunca drpd sesuatu yg dianggap kurang baik; malang. 2 kemalangan; kecelakaan: Dia telah mati dlm ~ jalan raya. | Kamus Pelajar |
nahas | 1. sial (dikaitkan dgn hari, bulan, dsb yg dipercayai kurang baik): hari Rabu akhir bulan ini biasanya hari ~; 2. kecelakaan, kemalangan: memang dia sendiri yg memanggil ~nya, tidak boleh menyalahkan orang lain; ~ jalan raya; menahaskan menganggap nahas, menyialkan, mencelakakan; kenahasan perihal nahas, kesialan, kecelakaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
korban manusia | kematian kerana nahas (disebabkan sesuatu malapetaka dll): nahas itu mengakibatkan banyak ~ jiwa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
korban jiwa | kematian kerana nahas (disebabkan sesuatu malapetaka dll): nahas itu mengakibatkan banyak ~ jiwa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bulan nahas | Safar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membuang nahas | menolak bala (dgn mandi safar); | Kamus Dewan Edisi Keempat |