Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
najis (kata nama)
Bersinonim dengan tahi, air kencing, kumuhan, kumbahan, kotoran, buangan;,
Kata Terbitan : menajiskan, ternajis, kenajisan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berak(bérak) bk 1. najis yg keluar dr dubur, tahi; 2. buang air besar; ~ air buang air besar yg cair; ~ darah buang air besar dgn mengeluarkan darah; siapa mengaku ~ di tengah jalan prb apabila sesuatu kejahatan yg dibuat secara sulit diketahui orang, yg membuatnya tidak akan mengaku;memberaki 1. membuang air besar pd, mengotori dgn najis: ~ tempat makan sendiri; 2. ki menipu, mengkhianati: ~ kawan sendiri; 3. ki menghinakan dgn sangat;terberak terkeluar najis (tahi), berak: kerana terlalu banyak makan asam, dia ~ dlm seluar; terberak-berak terlalu kerap berak: dia ~ kerana makan asam terlalu banyak .Kamus Dewan Edisi Keempat
najis1. kotoran (spt air kencing, tahi) yg membatalkan sembahyang: orang Islam tidak boleh kena air liur anjing, ~; 2. sesuatu yg mencemarkan: awak semua selalu buat kotor dan suka menabur ~ di tengah jalan; ~ besar tahi; ~ kecil air kencing; 3. bp jijik: ~ melihat kelakuannya itu; ~ dadah dadah yg mem­bahayakan orang yg menyalahgunakannya; membasuh ~ dgn mala prb menutup ke­salahan atau rasa malu dgn cara yg lebih menghinakan lagi; bernajis dinodai, dikotori atau dicemari najis: pakaian itu masih ~;menajiskan 1. menjadikan kotor, men­cemar­­­­kan, mengotorkan: ~ benda yg suci; 2. menganggap najis (tidak suci, cemar): jangan dekati barang yg dinajiskan agama; ternajis menjadi kotor, menjadi cemar, tercemar: hati itulah yg hendak dijaga supaya tidak ~ dan tercemar; kenajisan perihal najis, kekotoran, ke­cemar­an.Kamus Dewan Edisi Keempat
berak/bérak/ 1 tahi; najis. 2 mengeluarkan tahi; buang air besar. memberaki 1 mengeluarkan berak pd sesuatu; mengotorkan sesuatu dgn najis: Janganlah ~ tempat makan sendiri. 2 ki melakukan pekerjaan yg jahat sesudah menerima layanan yg baik; mengkhianati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
betung I; membetung membubuh paip utk membuat saluran air, najis dll. pembetungan 1 perbuatan atau kerja-kerja membetung. 2 sistem penyaliran najis, air kumbahan dsb ke loji pemprosesan melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah: Sistem ~ telah diswastakan. pembentung 1 sesuatu yg berbentuk bulat, panjang dan berongga di dalamnya (spt bentuk buluh) utk menyalurkan air dsb. 2 saluran paip utk menyalirkan najis, air kumbahan dsb ke loji pemprosesan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tahi I1. hampas makanan dlm perut (manusia, binatang) yg keluar melalui dubur, najis: ~ anjing; ~ kambing; najis atau ~ itu mengan­dungi benda-benda yg kasar yg tidak dapat diserap oleh tubuh; 2. berbagai-bagai hampas, karat, kotoran, sisa; 3. ki orang yg ketagihan sesuatu (kerana kebiasaan): ~ judi; ~ air sampah sarap yg mengapung di atas air; ~ angan orang yg suka mengelamun; ~ angin a) awan tipis yg ditiup angin; b) bp borak, obrol, sembang; ~ arak orang yg suka dan kuat minum arak; ~ besi karat pd besi; ~ betina lelaki yg suka berzina; ~ bijih sanga, terak; ~ bintang benda yg kelihatan berkilau spt bintang dan melayang di angkasa utk beberapa ketika; ~ candu a) kotoran yg melekat pd paip penghisap candu; b) orang yg gemar menghisap candu; ~ gergaji serbuk drpd kayu yg digergaji; ~ gigi kotoran yg di celah-celah gigi; ~ hidung hingus kering dlm hidung; ~ ketam sisa kayu yg diketam, tatal; ~ kikir serbuk drpd besi yg dikikir; ~ kuku kotoran hitam di celah-celah kuku; ~ lalat a) tanda hitam bulat pd kulit; b) bintik-bintik hitam pd pakaian; ~ mata kotoran pd mata; ~ minyak a) kerak minyak (kelapa); b) Jh orang yg suka berbohong; ~ rokok orang yg suka (kuat) menghisap rokok; ~ telinga kotoran dlm telinga; ~ tembaga karat yg melekat pd tembaga, terusi; tiada terbuang­kan ~ mata dgn empu kaki prb aib sanak saudara kita tentu terpikul oleh kita sendiri juga.Kamus Dewan Edisi Keempat
berak/bérak/ 1. tahi; najis. 2. mengeluarkan tahi; buang air besar. memberaki 1. mengeluarkan berak pd sesuatu; mengotorkan sesuatu dgn najis: Janganlah ~ tempat makan sendiri. 2. ki melakukan pekerjaan yg jahat sesudah menerima layanan yg baik; mengkhianati.Kamus Pelajar
najis1 tidak suci (dr segi agama Islam); kotor: Air liur anjing adalah ~. 2 se­sua­tu yg kotor (spt tahi, air kencing); kotor­an.Kamus Pelajar Edisi Kedua
najis1 tidak suci (dr segi agama Islam); kotor: Air liur anjing adalah ~. 2 sesuatu yg kotor (spt tahi, air kencing dll); kotoran.Kamus Pelajar
kencing1 = air ~ air najis yg keluar dr kemaluan (manusia atau haiwan); air seni; 2 = berkencing buang air kecil. ~ manis penyakit yg menyebabkan air kencing mengandungi zat gula; diabetes. terkencing terkeluar kencing dgn tidak sengaja atau dgn tidak dpt ditahan-tahan lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
betung I1. besar: buluh ~; katak ~; 2. = buluh ~ sj buluh yg besar, Dendrocalamus asper; rumput ~ sj tumbuhan (rumput bergetah), rumput getah (jernang, tawar, udang), Daemonorhops didymophyllus; tebu ~ sj tebu besar; ~ ditanam aur tumbuh prb diharapkan yg baik, kiranya dapat yg buruk; ~ bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang prb orang (anak bujang atau orang dagang) yg bebas dan tidak ada ikatan apa-apa; bagai membelah ~ = memijakkan ~ sebelah prb tidak adil atau berat sebelah (bkn pendirian dll); bereda (berteduh) di bawah ~ prb pertolongan yg tidak memadai;membetung membuat atau membubuh paip utk saluran air (najis dll); pembetungan 1. kerja-kerja membetung; 2. sistem penyaliran najis, air kumbahan dsb ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah: Kerajaan Pusat memutuskan utk menswastakan perkhidmatan sistem ~ di seluruh negara;pembetung 1. sesuatu yg berbentuk panjang, bulat dan berongga di dalamnya spt buluh utk menyalurkan air dsb: bulat air kerana ~, bulat kata kerana muafakat; 2. saluran atau parit drpd konkrit dll bawah tanah yg merentasi jalan raya atau landasan kereta api: masalah kekurangan ~ dikenal pasti sbg punca banjir di landasan kereta api itu setiap kali hujan lebat; 3. saluran paip bawah tanah utk menyalirkan najis, kumbahan dsb ke loji pemprosesan dsb: mereka perlu menanggung kos membaiki ~ najis yg tersumbat itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas