tunjuk-menunjuki | saling memberi nasihat, nasihat-menasihati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertunjuk-tunjukan | 1. saling memperlihat-kan (diri dll), saling mengacukan jari; 2. = tunjuk-menunjuki saling memberi nasihat, nasihat-menasihati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nasihat-menasihati | saling memberi nasihat: ternyata Islam memelihara kebebasan berpendapat melalui konsep ~ sesama Muslim; tegur-menegur dan ~ adalah antara unsur pendidikan yg berkesan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menegur | 2 memberikan nasihat; menasihati: Sesudah ditegur oleh ibu dan bapanya barulah dia rajin belajar. | Kamus Pelajar |
tegur; ~ sapa | 2 memberikan nasihat; menasihati: Sesudah ditegur oleh ibu dan bapanya barulah dia rajin belajar. | Kamus Pelajar |
menegur | 1 = ~ sapa mengajak orang lain berbual-bual atau bercakap-cakap; menyapa: Saya tidak tahu akan sebabnya dia tidak mahu ~ saya. 2 memberikan nasihat; menasihati: Sesudah ditegur oleh ibu dan bapanya, barulah dia rajin belajar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tunjuk I | 1. bp = menunjuk, menunjukkan; ~ diri menampakkan diri (menghadap pembesar dll); 2. Mn jari telunjuk; ~ ajar segala macam nasihat dan ajaran; ~ cara melakukan sesuatu dgn tujuan utk memberitahu cara-cara membuatnya; ~ langit kayu yg dipasang tegak dr alang ke bumbung rumah; ~ perasaan perbuatan menyatakan pendapat (bantahan dsb) dgn perarakan atau rapat umum dsb, demonstrasi; bertunjuk-tunjukan 1. saling memperlihat-kan (diri dll), saling mengacukan jari; 2. = tunjuk-menunjuki saling memberi nasihat, nasihat-menasihati; menunjuk 1. mengarahkan jari telunjuk ke, mengacukan jari telunjuk ke: ia ~ ke papan hitam; 2. memberitahu dgn mengarahkan sesuatu ke, memberitahu dgn isyarat: ia menunjuk-nunjuk dgn kipas; 3. mengarahkan jari (telunjuk) ke atas, mengangkat tangan; 4. menetapkan atau menentukan (orang yg diangkat, dipilih, dll): orang kampung telah ~ beliau menjadi ketua mereka; 5. mengemukakan sesuatu sbg alasan, mengingatkan sesuatu dgn bukti, menyatakan, merujuk; ~ perasaan mengadakan tunjuk perasaan (dgn berpiket, berarak, dsb), berdemontrasi; menunjuk-nunjuk gemar memperlihatkan kelebihan diri sendiri: ancaman besar ter-hadap perasaan muhibah di negeri ini ialah drpd pemimpin-pemimpin politik perkauman yg cuba ~ pandai dan terlalu bercakap banyak; menunjuki memberitahu cara melakukan sesuatu, mengajari: ibu ~ kakak cara membuat kuih itu; guru kami telah ~ pendakwah-pendakwah; menunjukkan 1. menggunakan sesuatu utk menunjuk (jari dll), menunjuk dgn: ~ jari; 2. memperlihatkan sesuatu kpd, memberi lihat: dia pun naik ke rumah ~ kakinya yg dimakan keri itu; 3. memberitahu di mana (letak, arah, dll): maka datanglah budak-budak ~ masjid; 4. menampakkan (sesuatu yg terpendam di hati dll), mendedahkan: tidak seorang jua pun yg berani ~ kemarahan mereka berterang-terang; 5. memperkenalkan: maka orang itu ~ anak raja itu dgn isyarat; 6. memberi keterangan (penjelasan), menerangkan, menjelaskan: sekiranya ada bukti-bukti yg ~ Ahmad melakukan pembunuhan itu, polis akan meminta kpd majistret supaya Ahmad ditahan; 7. memberikan bukti, membuktikan, mengesahkan: dikemukakan satu konsep baru yg ~ bahawa kemiskinan orang-orang itu sebenarnya satu penyakit sosial; 8. menyatakan, menandakan: suhu yg terendah pd hari atau malam itu ditunjukkan oleh besi itu; mempertunjukkan 1. memberi lihat (kpd), memperlihatkan (wayang, sandiwara, dll): masing-masing bangsa ~ kebudayaan nasionalnya; 2. memperlihatkan (barang-barang dll), mempamerkan: tiap-tiap bangsal telah dihiasi dgn indah, iaitu menurut jenis barang-barang yg akan dipertunjukkan; 3. memberikan bukti, membuktikan: aduhai saudara, pertetapkan iman dan berserah kpd Allah, tiap-tiap yg benar itu akan dipertunjukkan kebenarannya; pertunjukan 1. sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dll), tontonan: pd suatu malam rombongan pemuda-pemudi mengadakan ~ kebudayaan di gedung ke-senian; 2. apa yg dipertunjukkan; 3. pameran: ~ pertanian dan perkebunan; 4. perihal me-nunjukkan (cara melakukan sesuatu dll), pengajaran: guru hendaklah sentiasa sedia utk memberikan ~ dan pertolongan; 5. = ~ perasaan ark tunjuk perasaan, demonstrasi; petunjuk, pertunjuk ark 1. sesuatu yg menunjuk atau menunjukkan (tanda, isyarat, dll), tanda dll yg memberitahu tentang sesuatu: pemandu-pemandu kereta sangat sedikit yg mematuhi ~-~ jalan raya; 2. ketentuan yg harus dipatuhi, syarat: sebelum memakan ubat ini, ~ yg dikembarkan ini hendaklah dibaca dgn teliti; 3. ajaran, nasihat, tunjuk ajar: esei-esei yg dikumpulkan di dlm Renung-an penuh dgn seruan dan ~ utk menyedarkan dan membangunkan masyarakat; 4. bisikan hati (yg datang drpd Tuhan), ilham: mene-rima ~ Tuhan; 5. sesuatu yg menjadi panduan (utk melakukan sesuatu), rujukan: buku ini adalah ~ yg baik bagi penggemar-peng-gemar kesusasteraan; penunjuk 1. alat yg digunakan utk menunjuk atau menunjukkan: ~ jangka suhu maksimum atau minimum dibuat drpd kaca atau keluli; 2. orang yg menunjuk atau menunjukkan: mahukah kamu menjadi ~ jalan kpd kami? 3. sesuatu yg digunakan sbg panduan (utk melakukan sesuatu), peringatan, rujukan: kpd pihak inilah saya mengharap agar sanggup mengakui kesalahan-kesalahan yg telah lalu utk menjadi peringatan dan ~ utk masa hadapan; ~ jalan a) orang yg menunjuk jalan, mualim; b) tanda panah dll utk menunjuk jalan; ~ perasaan orang yg mengadakan tunjuk perasaan (berdemonstrasi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegur | , = ~ sapa kata-kata yg diucapkan utk menyapa (mengajak berbual dsb): Orangnya lemah lembut dan baik ~ sapanya. menegur 1 = ~ sapa mengajak orang lain berbual-bual atau bercakap-cakap; menyapa: Saya tidak tahu akan sebabnya dia tidak mahu ~ saya. 2 memberikan nasihat; menasihati: Sesudah ditegur oleh ibu dan bapanya, barulah dia rajin belajar. teguran 1 kata-kata utk menegur. 2 amaran; peringatan; nasihat. keteguran jatuh sakit kerana kononnya diganggu oleh hantu; tersampuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nasihat | ajaran, petunjuk yg baik, peringatan: tidak mahu mendengar ~ orang tua-tua; menasihati 1. memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kpd: ia sentiasa ~ anak-anaknya supaya tidak meninggalkan sembahyang; 2. mengesyorkan kpd, menganjurkan kpd, mengusulkan kpd: doktor ~nya supaya berhenti menghisap rokok dan meminum minuman keras;nasihat-menasihati saling memberi nasihat: ternyata Islam memelihara kebebasan berpendapat melalui konsep ~ sesama Muslim; tegur-menegur dan ~ adalah antara unsur pendidikan yg berkesan; menasihatkan memberikan sesuatu sbg nasihat atau sbg tunjuk ajar;penasihat orang yg memberi nasihat (tunjuk ajar dll); ~ ekonomi penasihat tentang pelbagai hal yg berkaitan dgn soal ekonomi; ~ kerjaya pe-nasihat tentang kerjaya; ~ pelaburan orang atau pihak yg memberikan nasihat profesional tentang hal-hal pelaburan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nasihat | ajaran atau petunjuk yg baik; peringatan: Ali itu keras kepala, tidak mahu mendengar ~ orang tuanya. menasihati memberi nasihat (tunjuk ajar dll) kpd: Guru ~nya supaya memulangkan barang yg dicuri itu kpd tuannya. menasihatkan memberikan sesuatu sbg nasihat atau sbg tunjuk ajar: Dia mengingati apa-apa yg dinasihatkan kpdnya. penasihat orang yg memberi nasihat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |