natural | 1. (yg) bersifat semula jadi, alamiah: perkembangan yg sihat dan ~ dlm proses pembinaan bahasa; 2. (yg) menjadi kebiasaan, kelaziman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hingar tabii(natural noise) | Hingar yang berpunca daripada sumber semula jadi seperti statik, kilat, atau sumber-sumber lain yang boleh menyebabkan ralat pada data atau mengganggu kelicinan penghantaran data komputer. | Kamus Komputer |
bahasa tabii(natural language) | 1. Bahasa pengaturcaraan yang menggunakan peraturan dan gaya bahasa yang mengikut tabiat semula jadi manusia. Ia berbeza daripada bahasa pengaturcaraan yang direka bentuk untuk memudahkan pelaksanaan sesuatu mesin. 2. Bahasa yang digunakan oleh manusia. Bandingkan bahasa buatan. | Kamus Komputer |
pemprosesan bahasa tabii(natural language processing) | 1. Subbidang penyelidikan kecerdasan buatan yang berkaitan dengan masalah membentuk perisian komputer yang dapat memproses bahasa tabii manusia. 2. Tindakan memproses bahasa tabii manusia dengan menggunakan komputer. Singkatan NLP. | Kamus Komputer |
pemahaman bahasa tabii(natural language understanding) | 1. Subbidang penyelidikan kecerdasan buatan yang berkaitan dengan masalah membentuk perisian komputer yang dapat memahami bahasa tabii manusia dan dengan demikian membolehkan komputer berkomunikasi dengan manusia dalam bahasa tabii. 2. Proses memahami kandungan dan bentuk bahasa tabii amnusia dengan menggunakan komputer. Singkatan NLU. | Kamus Komputer |
NLU | Singkatan bagi natural language understanding. Lihat pemahaman bahasa tabii. | Kamus Komputer |
alamiah | bersifat semula jadi, natural: undang-undang ~ yg tidak bertulis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
garang I | 1. suka atau lekas menyerang dsb (apabila marah dsb), bengis, galak: anjing itu cukup ~; guru yg ~ menakutkan murid; 2. Mn suka, gemar; ~ makan kuat makan; 3. kencang (bkn angin dll), hebat: angin bukit tiba-tiba bertiup ~; 4. terang dan bercahaya (bkn warna), sangat cerah: kalau dulu orang gemar cara mekap yg natural, dlm tahun 1983 penggunaan warna yg ~ muncul pula;menggarang 1. menjadi garang (bkn anjing dll), membuas, mengganas, menggalak; 2. = menggarangkan memberanikan, mengganaskan; menggarangkan 1. menjadikan garang, memberanikan, mengganaskan, menggalakkan; 2. menjadikan (kelihatan) terang dan bercahaya, menjadikan (warna) sangat cerah: warna-warna tersebut saling bersatu hingga dapat melembutkan atau ~ warna-warna yg bersebelahan;kegarangan perihal garang: lambang api jelas membawa suasana ~ dan kegigihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |