nenek-nenek | panggilan kpd perempuan yg sudah tua. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
atuk | bp datuk; ~ moyang ark datuk nenek, nenek moyang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nenek | /nénék/ 1 orang tua kpd bapa atau ibu (biasanya emak kpd ibu atau bapa): ~ moyang, = datuk ~ leluhur kita yg terdahulu sebelum kita dilahirkan. 2 = nenek-nenek panggilan kpd perempuan yg sudah tua. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nenek | (nénék) 1. orang tua kpd emak atau ayah (umumnya emak kpd ibu atau bapa); datuk ~ nenek moyang; saudara se~ saudara sepupu; 2. = nenek-nenek panggilan umum kpd perempuan yg sudah tua: ~ kebayan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nenek | /nénék/ 1 orang tua kpd bapa atau ibu (biasanya emak kpd ibu atau bapa): ~ moyang, = datuk ~ leluhur kita yg terdahulu sebelum kita dilahirkan. 2 = nenek-nenek panggilan kpd perempuan yg sudah tua. | Kamus Pelajar |
datuk I | 1. bapa kpd ayah atau ibu seseorang; 2. panggilan oleh seseorang terhadap bapa kpd ayahnya (ibunya) atau terhadap seseorang lain yg sedemikian tuanya, aki, kakek; ~ nenek nenek moyang, leluhur; 3. ark panggilan orang ramai kpd anggota polis atau panggilan mata-mata kpd pegawai atasannya; 4. Mn penghulu adat; 5. hantu (puaka, penunggu) sesuatu tempat: ~ di pokok itu kononnya selalu mengganggu orang-orang yg lalu di situ; 6. topekong, berhala, atau dewa (kpd orang Cina yg mempunyai kepercayaan tertentu); rumah ~ rumah berhala; 7. bp sebutan bagi harimau; ~ betina sl ketua dayang-dayang dlm istana; ~ kayu ark pegawai dan kakitangan jabatan hutan; mendatukkan menjadikan (memanggil) datuk: Tok Embong dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak dan didatukkan oleh peringkat cucunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mamak | 1. Mn saudara ibu yg laki-laki, bapa saudara: ibunya telah menggunakan harta pesaka kerabat utk menyekolahkannya, dgn keizinan Sutan Batuah, ~ Hanafi, abang ibunya; 2. sl sebutan oleh raja kpd pembesarpembesar negeri (menteri dll): ~ menteri; ~ bendahara; 3. ark mak kecil, mak tua; 4. bp panggilan kpd lelaki India yg beragama Islam (terutamanya yg terlibat dgn perniagaan makanan dsb); ~ nenek = nenek ~ Mn a) penghulu adat; b) orang tua-tua yg bijaksana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mamak nenek | = nenek ~ Mn a) penghulu adat; b) orang tua-tua yg bijaksana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
datuk nenek | nenek moyang, leluhur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nenenda | /nénénda/ 1 bh orang tua kpd ibu atau bapa; nenek. 2 nenek atau datuk (digunakan dlm surat-menyurat). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |