analisis nisbah | (Eko) kaedah penilaian prestasi sesebuah organisasi berdasarkan nisbah kewangan dan nisbah kendalian yg diperoleh drpd maklumat kewangan organisasi tersebut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nisbah ralat(error ratio) | 1. Nisbah kadar kehilangan data berbanding dengan data yang selamat diterima. 2. Nisbah kadar kesilapan yang berlaku bagi sesuatu pengendalian. 3. Nisbah kadar kesilapan dalam dokumen yang ditaip. | Kamus Komputer |
nisbah keaktifan(activity ratio) | 1. Nisbah jumlah rekod dalam fail yang mempunyai keaktifan berbanding dengan jumlah keseluruhan rekod dalam fail. 2. Nisbah jumlah kerja dalam suatu masa bagi projek perkakasan atau perisian. | Kamus Komputer |
nisbah | perbandingan ukuran (nilaian dll) dgn sesuatu yg lain; perimbangan; kadar: ~ 1:5 sama dgn 20:100. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nisbah II | perbandingan, perimbangan, kadar: tujuh peratus ditulis 7% menunjukkan ~ 7:100 dan boleh digambarkan dgn pecahan ; apabila asid dicampur dgn larutan alkali dgn ~nya yg tertentu, larutan yg terjadi itu menunjukkan sifat-sifat yg berlainan drpd asid atau alkali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nisbah I | Ar nama yg menyatakan seketurunan (al-Attas, al-Habsyi, dll), perhubungan keluarga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nisbah | perbandingan ukuran (nilaian dll) dgn sesuatu yg lain; perimbangan; kadar: ~ 1<:5 sama dgn 20:100. | Kamus Pelajar |
nisbah bidang(aspect ratio) | Nisbah untuk menyatakan kaitan di antara ketinggian dengan kelebaran skrin paparan, tingkap, fon aksara, atau kawasan imej. | Kamus Komputer |
nisbah pengendalian(operating ratio) | Kadar peratus jumlah masa pemproses benar-benar bekerja berbanding dengan jumlah masa pemproses dihidupkan. Nisbah ini digunakan sebagai ukuran kecekapan penggunaan pemproses. | Kamus Komputer |
keutuhan data(data reliability) | Nisbah yang menyatakan kadar data yang diterima, yang mencapai tahap piawaian yang ditetapkan. Biasanya nisbah ini dikaitkan dengan ketepatan data atau bebasnya data daripada ralat atau hingar. | Kamus Komputer |