nya II | 1. kata ganti nama diri orang ketiga spt, beliau, dia: pada~; jiwa~; 2. oleh (yg tersebut terlebih dahulu), oleh beliau, oleh dia: dipilih~ buku; 3. kata utk menegaskan atau menguatkan sesuatu maksud: setelah esok hari~, maka ...; dgn hormat~ dijemput encik hadir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jamak II | 1. sudah sememangnya; 2. biasa, lazim: sudah ~nya; sejamaknya 1. sememangnya, sewajarnya, sepatutnya; 2. selazimnya; menjamakkan membuat menjadi biasa (lazim), melazimkan; kejamakan hal yg biasa, lazim. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
se II | 1. awalan yg bermaksud sama (serupa): ~-begitu; ~kuat; ~pandai; ~tinggi; 2. awalan yg bermaksud seluruh (segenap): ~lama; ~panjang; ~kitar; 3. awalan yg bermaksud sedari (dari): ~mula; 4. awalan yg bermaksud lepas, sudah, telah: ~habis; ~sudah; 5. awalan yg bermaksud hingga (sampai): ~cukup; ~hingga; ~lanjut; ~takat; 6. awalan yg bermaksud dengan: ~benarnya; ~ patutnya; ~sungguhnya; ~wajarnya; 7. awalan yg ber-maksud berapa mungkin: ~boleh-bolehnya; ~dapat-dapatnya; 8. awalan yg bermaksud kian (bertambah): ~makin; 9. awalan yg bermaksud kalau (bila): ~andainya; ~kira-nya; 10. awalan yg bermaksud yang: ~lain; ~nya adapun: ~nya baik dan jahat itu drpd engkau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangguh II | 1. sukar ditewaskan, kuat: tenteranya yg ~ serta berani; 2. teguh (pendirian), tabah dan tahan (menderita dll), kukuh: pemimpin yg ~;ketangguhan kekuatan, kekukuhan, keteguhan, keuletan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tundun II | 1. Br, Mn tengkuk (orang, kuda): rambut Aini potongan pendek, ~nya terdedah; 2. bahagian sebelah atas kemaluan perempuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rengkung II | 1. pembuluh (pd leher) yg menyalurkan makanan masuk ke dlm usus besar: ~nya bergerak ke bawah menolak ubat-ubat yg baru ditelan; 2. lekum, tenggorokan; ® kerongkong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pos II | 1. pondok atau tempat polis (tentera dll) berjaga: si Amat masih menjaga ~nya; 2. jawatan atau kedudukan orang yg menjalankan tugas (pegawai dll); 3. Id rumah atau tempat orang menjaga (mengawasi) gunung berapi dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Datuk II | 1. gelaran kehormat kpd orang yg berpangkat atau bermartabat tinggi (yg biasanya menjadi pembesar negeri): ~ Bendahara; ~ Paduka Raja; ~ Panglima; ~ Temenggung; 2. gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Yang Dipertua Negeri Sabah kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara); ~ Bandar ketua pentadbiran sesebuah bandar raya; ~ Patinggi gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu; ~ Seri gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senam II | 1. warna biru tua atau biru kehitam-hitaman: airnya keruh bagai air kerak, warna-nya ~ alamat dalam; 2. ark biru pucat; 3. warna asal (pd barang-barang yg disadur); hilang sepuh nampak ~ prb sesudah terbuka rahsia, diketahui kejahatan (kekurangannya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kocak II | 1. kacak, gagah, bagus (baik, tampan); 2. sombong, pongah, besar kepala: dibenci orang kerana ~nya; 3. Jk jenaka, kelakar, lucu; berkocak-kocak bergurau senda, berjenaka, berkelakar; mengocak Jk melawak, bergurau senda, berolok-olok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |