obeng | (obéng) Id alat utk memutar skru dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemusing | 1. Id alat atau mesin yg menggunakan tenaga pusingan; 2. sesuatu yg digunakan utk memusing, alat pemutar (obeng dll); 3. ark orang yg bersifat putar belit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pusing | 1. bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ berputar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya; 4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah: janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~, itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti (Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan. berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 12 kali tiap-tiap kali rodanya ~; bumi ~ di paku alamnya; 2. beralih hala, berubah arah: kanak-kanak disuruh menghadap ke arah utara, kemudian disuruh ~ ke arah timur; berpusing-pusing 1. berputar-putar, berkisar-kisar, berpusar-pusar: perahu ~ dihempaskan ombak; ia dipukul pd kepalanya, ~ lalu rebah; 2. bergerak berkeliling: helikopter ~ di udara mengakap; berjalan itu bukannya menurut jalan besar, ~ kampung dan sawah padi; memusing memutar: ~ skru; ~ jarum jam; memusingkan 1. menjadikan berpusing, memutar: apabila roda kanan dipusingkan, roda kiri pun berpusing juga; ~ undang-undang memutarbalikkan maksud undang-undang; ~ wang (modal) mengedarkan wang utk berniaga, memperniagakan; 2. = ~ kepala menyebabkan pusing (kepala), memeningkan kepala: semua pertanyaan itu tidak berjawab dan ini ~ kepalanya; ada beberapa hal yg ~ saya masa ini; 3. menghilangkan akal, membingungkan, menyukarkan, menyusahkan: cara menghafal satu-satu spt pengajaran makna peribahasa dan maksud-maksud huruf penambahan sangat ~; 4. bersusah-susah memikirkan, turut memikirkan, mengendahkan, menghiraukan, mempedulikan: segala pesanan orang tuanya tidak dipusingkan; 5. mengalihkan hala, mengubah arah: ~ mukanya ke arah lain; ia terpaksa ~ badannya apabila hendak memandang ke arah lain; terpusing-pusing bergerak (hanyut, jatuh, terbang, dll) tidak tentu hala: beberapa hari mereka ~ jauh di tengah laut; pusingan 1. gerakan berpusing, edaran, kisaran, kitaran, putaran; piala ~ piala yg menjadi rebutan kejohanan (tiap-tiap tahun dll); ~ wang (Eko) gerakan berpusing wang dlm masyarakat; 2. (Geog) gerakan berpusing pd satu titik pusat: kelajuan ini sama dgn kederasan ~ bumi di atas paku alamnya; 3. bahagian permainan (pertandingan dll) yg tertentu waktunya, babak; perpusingan 1. perkisaran, perkitaran, perputaran; 2. perihal berpusing-pusing (perkara dll); pemusingan perbuatan memusingkan, pemutaran; pemusing 1. Id alat atau mesin yg menggunakan tenaga pusingan; 2. sesuatu yg digunakan utk memusing, alat pemutar (obeng dll); 3. ark orang yg bersifat putar belit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |