olak II; olak-alik | sentiasa berulang-alik atau berubah-ubah (bkn pegangan, pendirian dll). Mengolak-alikkan 1 memutarbalikkan (sesuatu pendapat dll); membalik-balikkan. 2 mempermain-mainkan; mempersendakan. | Kamus Pelajar |
olak II | ; olak-alik sentiasa berulang-alik atau berubah-ubah (bkn pegangan, pendirian dll). mengolak-alikkan 1 memutarbalikkan (sesuatu pendapat dll); membalik-balikkan. 2 mempermain-mainkan; mempersendakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
olak-alik | olak-alik berulang-ulang, bolak-balik, tidak tetap, (berubah-ubah pendirian, pegangan, percakapan, dll); mengolak-alikkan 1. membolak-balikkan, memutar-balikkan; 2. mempermain-mainkan, mempersenda-sendakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
olak I | 1 = olakan gerakan berpusing atau berkisar; pusaran: ~ air pusaran air. 2 ombak kecil. berolak berpusing; berkisar. perolakan putaran haba dr sesuatu bahagian ke bahagian lain melalui pergerakan tertentu: hujan ~. pengolak; ~ haba alat yg memutarkan haba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
olak I | 1 = olakan gerakan berpusing atau berkisar; pusaran: ~ <i>air pusaran air. 2 ombak kecil. berolak berpusing; berkisar. perolakan putaran haba dr sesuatu bahagian ke bahagian lain melalui pergerakan tertentu:<i> hujan ~.i> pengolak; ~ habaalat yg memutarkan haba. | Kamus Pelajar |
olak I | 1. = olakan gerakan berpusing (berkisar, berputar), kisaran, pusaran, putaran; ~ air pusaran air; ~ angin pusaran angin; arus ~ arus yg berpusing; 2. ombak kecil: ~-~ itu berkejar-kejaran menumpu permatang; berolak 1. berkisar, berpusing, berputar; 2. berombak kecil; perolakan perihal berolak: lakukan penyemburan dan pendebuan pd waktu pagi utk menghindari ~ angin menegak; pengolak; ~ haba alat dll yg memutarkan haba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
olak III | Mn 1. hilir; ke ~ ke hilir; sebelah ~ sebelah hilir (bawah); 2. kembali, ulang; membayar ~ membayar kembali; berolak tidak kuat lagi, sudah agak lemah (badan dll), tidak mujarab lagi (ubat dll); mengolak 1. terpelanting kembali (kerana tidak lut dll); 2. enggan atau tidak hendak lagi (makan sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menebarkan | 1. mencampakkan (jala dll) supaya kembang atau terbentang: maka bentara pun lalulah ~ jala di olak putera bersiram itu; 2. menaburkan (benih dll), menghamburkan: orang sudah ramai membuat kerja, ada yg ~ padi dan ada yg mencangkul; 3. menjadikan berserak-serak, menyerak-nyerakkan; 4. ki menjadikan me-luas (merebak), memperluas: apabila terjadi perselisihan antara dua golongan umat, sengaja ditebarkannya perselisihan itu; 5. = mempertebarkan menyiarkan (agama dll) supaya berkembang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menebar | 1. mencampakkan (jala dll) supaya kembang atau terbentang: maka bentara pun lalulah ~ jala di olak putera bersiram itu; 2. menaburkan (benih dll), menghamburkan: orang sudah ramai membuat kerja, ada yg ~ padi dan ada yg mencangkul; 3. menjadikan berserak-serak, menyerak-nyerakkan; 4. ki menjadikan me-luas (merebak), memperluas: apabila terjadi perselisihan antara dua golongan umat, sengaja ditebarkannya perselisihan itu; 5. = mempertebarkan menyiarkan (agama dll) supaya berkembang; mempertebarkan kecek Id menyiarkan khabar palsu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pusar II | ; berpusar, berpusar-pusar berkisar, berpusing, berputar (kisaran angin, olak air, dll): fikirannya ~; cerita ini ~ pd soal cinta; memusar 1. memutar, memusingkan, mengisarkan; 2. menghancurkan (daun sirih dll) yg dihimpit antara tapak tangan yg dipusing-pusing; pusaran 1. sesuatu yg berpusar, barang apa yg berpusar; 2. gerakan berpusar, kisaran, pusingan, putaran: kelasi-kelasi berdayung menghindarkan diri dr ~ air kapal yg akan tenggelam; ~ angin kisaran angin; ~ telefon putaran telefon; perpusaran perihal berpusar, perkisaran, perputaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |