oleh kerana | disebabkan oleh, kerana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tekpon | (tékpon) Kl, bp oleh kerana, sebab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dari kerana | disebabkan oleh, kerana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memengat | memasak pengat; iba akan kacang sebuah, tak jadi ~ prb oleh kerana kesal akan hal yg sedikit (kecil) tak jadi mengerjakan sesuatu yg dimaksudkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
guntur | guruh; harapkan ~ di langit, air di tempayan dicurahkan prb oleh kerana mengharapkan keuntungan besar yg belum pasti, keuntungan kecil dilepaskan; spt itik mendengar ~ prb mengharapkan keuntungan yg belum tentu diperoleh; mengguntur (berbunyi dll) spt guntur, gemuruh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
milisi | IB 1. kewajiban utk berkhidmat dlm tentera, kerahan tenaga (dlm tentera) yg diwajibkan; 2. orang yg masuk tentera oleh kerana kerahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
atas | 1 tempat atau bahagian yg lebih tinggi (lw bawah); ~ meja: ~ bumbung. 2 akan; dengan; untuk; tentang: ~ kerjasama yg tuan-tuan berikan itu, kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak. 3 disebabkan oleh; kerana: ~ beberapa sebab, ia enggan menyertai perkumpulan itu. ~ sungai hulu sungai. (negeri) ~ angin negeri-negeri di sebelah barat. beratas-atasan, atas-mengatasi saling hendak melebihi yg lain; berebut hendak menang (pandai dsb). mengatasi 1 melebihi; mengalahkan: Dia dpt ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 menghapuskan sesuatu kesukaran dsb; menyelesaikan: Beliau dpt ~ masalah pembahagian harta itu dgn baik. atasan yg lebih tinggi; yg di atas: orang ~ orang yg berpangkat tinggi; pembesar-pembesar. pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. di atas di sebelah atas. ke atas ke bahagian atas; ke sebelah atas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sebab | yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab; bersebab ada sebabnya (alasan mulanya): sakit bermula mati ~; polis tidak ada kuasa utk menangkap orang dgn tidak ~; menyebabkan menjadikan sebab, meng-akibatkan: hanya belas kasihan oranglah yg ~ dia masih hidup menumpang di rumah itu; hal ini telah ~ kemarahannya semakin meluap-luap; tersebab disebabkan oleh, terjadi kerana: kuakui bahawa segala kesalahan tidak ~ oleh orang lain; penyebab 1. orang (pihak dsb) yg menjadi sebab atau punca kpd sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll); 2. sesuatu (spt penyakit, bencana alam, dll) yg menjadi sebab kpd sesuatu: dia tidak menyangka tindakan-nya yg menurut hati itu menjadi ~ dirinya tersadai dlm kancah kehinaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
atas | 1. tempat atau bahagian yg lebih tinggi (lw bawah); ~ meja: ~ bumbung. 2. akan; dengan; untuk; tentang: ~ kerjasama yg tuan-tuan berikan itu, kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak. 3. disebabkan oleh; kerana:~ beberapa sebab, ia enggan menyertai perkumpulan itu. ~ sungai hulu sungai. (negeri) ~ angin negeri-negeri di sebelah barat. beratas-atasan, atas-mengatasi saling hendak melebihi yg lain; berebut hendak menang (pandai dsb). mengatasi 1. melebihi; mengalahkan: Dia dpt ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2. menghapuskan sesuatu kesukaran dsb; menyelesaikan: Beliau dpt ~ masalah pembahagian harta itu dgn baik. atasan yg lebih tinggi; yg di atas: orang ~ orang yg berpangkat tinggi; pembesar-pembesar. pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. di atas di sebelah atas. ke atas ke bahagian atas; ke sebelah atas. | Kamus Pelajar |
dengan | 1 bersama; berserta: Bapanya mengambil parang ~ cangkul lalu pergi ke kebun. 2 memakai atau menggunakan (sesuatu alat): Dia membelah kayu ~ kapak. 3 kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan dll: Ali menerima berita itu ~ sedih dan pilu. Dia lulus ~ mendapat markah tertinggi. 4 oleh; kerana; atas: ~ yg demikian, barulah ia mahu pergi ke sekolah. 5 sama; serupa: Dia sependapat ~ saya. 6 melawan; menentang: Askar-askar itu berperang ~ musuh. Ali bergaduh ~ Ahmad. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |