lidah ombak | hujung ombak, ombak yg di depan sekali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selebu | ; laut ~ lautan lepas (besar); ombak ~ ombak yg besar (di lautan besar). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rumput telinga tikus | sj tumbuhan (herba), kekara, ombak-ombak, peparu bindang, rumput sisik betuk (naga), Desmodium heterophyllum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersabung | 1. beradu, berlaga (ayam dll), ber-tarungan, berlawan; ~ ayam mengadu ayam; ayam ~ ayam berlaga; 2. ki bertarung, ber-langgaran (ombak, kilat, petir, dll); kilat ~ kilat berlanggaran; ombak ~ ombak berlang-garan; 3. ki bertemu (mata, pandangan): kedua-duanya tersenyum manakala pandangan mereka ~; angin berputar (bersiru) ombak ~ prb perkara yg amat sulit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sabung; bersabung | 3 ki berlanggar antara satu dgn yg lain; berlawan; bertempur: ombak ~ ombak berlanggaran. | Kamus Pelajar |
ombak | ombak 1. gerakan air yg turun naik atau bergulung-gulung, gelombang kecil: hanyut dibawa ~ ke tepi pantai; orang ~ ark orang yg gerak-gerinya sangat gelisah; mabuk ~ mabuk laut; 2. ki gerak fikiran atau rasa hati yg tidak tetap (kacau): ia tak dapat lagi menahan ~ di dadanya; ~ fikiran; ~nya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan prb telah kedengaran beritanya dia orang kaya tetapi belum ada buktinya lagi; ~ yg kecil jangan diabaikan prb jangan dipermudah-mudahkan perkara-perkara kecil yg boleh mendatangkan bahaya; bagai ~ Purus prb a) deru yg amat menghibakan; b) riuh suara orang ramai; menguap(-nguap) bagai orang ~ prb perihal orang yg ketagihan candu dll; payah-payah dilamun ~, tercapai juga tanah tepi prb setelah beberapa lama menanggung susah akhirnya tercapai juga cita-citanya (terlepas juga drpd sengsara); spt ~ membanting diri prb perihal seseorang yg dlm keluh-kesah oleh sesuatu kesusahan; silih berganti bagai ~ di tepi pantai prb keadaan hidup yg tiada tetap (sekali susah, sekali senang); yg ~ itu ~ jua, yg air itu air jua prb serupa benar; berombak, berombak-ombak 1. mempunyai ombak, bergelombang kecil-kecil: angin bertiup dan laut pun ~; 2. berkeluk-keluk turun naik (spt gelombang kecil): tirai ~ sbg latar belakang tambah mencantikkan rekaannya; rambutnya ~ rambutnya ikal; 3. sesak (spt orang yg bernafas dgn kencang), sebak (kerana tekanan perasaan): dadanya semakin ~; suara bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dgn seribu kemarahan; mengombak 1. membuat ombak; 2. spt ombak; rambut pendek yg diombak-ombak rambut yg dikeritingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hempasan | 1. tempat ombak menghempas pantai (tempat yg dangkal); 2. perihal menghempas (bkn ombak), pukulan: ~ ombak yg sesekali itu menghanyutkan sampah yg terdapat di tepi pantai itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyadur | sabung; ayam ~ ayam yg dipelihara utk disabung. bersabung 1 berlaga; beradu: ayam ~ ayam berlaga. 2 sedang mengadu atau sedang memperlagakan (ayam dsb): ~ ayam. 3 ki berlanggar antara satu dgn yg lain; berlawan; bertempur: ombak ~ ombak berlanggaran. 4 ki bertemu (bkn pandangan dll): ~ mata bertemu mata; berpandang-pandangan; saling memandang. menyabung 1 membuat supaya berlaga; mengadu (ayam): Ia asyik ~ ayam dan berjudi saja. 2 ki membuat sesuatu yg membahayakan diri: ~ nyawa menempuh bahaya yg sangat besar. ~ untung a. membuat sesuatu dgn tidak berharap mesti berjaya; berserah kpd nasib. b. pergi ke mana-mana utk mencari rezeki; membawa nasib. sabung-menyabung saling melanggar dgn hebatnya; berlanggar-langgaran: Maka turunlah hujan dgn lebatnya serta kilat ~. sabungan apa-apa yg disabung atau diadukan. persabungan 1 perbuatan atau hal bersabung. 2 tempat menyabung ayam. 3 ki hal bertempur; pertempuran. penyabungan perbuatan (hal dsb) menyabung. penyabung orang yg suka menyabung (ayam). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghempas | 1. membanting, menjatuhkan (diri): ia ~ ke katilnya; 2. memukul (bkn ombak dll): ombak ~ pantai dgn keras dan tidak henti-hentinya; 3. menutup pintu, tingkap, dsb dgn melepaskannya dgn kuat: Hamid ~ pintu bilik utk menunjukkan kemarahannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alun | ombak yg memanjang dan tidak memecah, ombak yg bergulung-gulung: perahu itu berayun-ayun dilenggang ~; beralun, beralun-alun 1. berombak memanjang: air laut yg ~; padi di sawah ~-alun ditiup angin; 2. berbentuk tinggi rendah spt ombak (bkn rambut), berombak-ombak, ikal: bahan-bahan pemeliharaan rambut menjadikan rambut berseri, bermaya dan ~; 3. berlagu atau berirama tinggi rendah, turun naik rentaknya (bkn suara); mengalun, mengalun-alun 1. mengombak memanjang, mengombak membuai-buai; 2. berirama tinggi rendah, beralun: suara azan ~ ke udara; mengalunkan menjadikan sesuatu (suara, lagu, dll) beralun (berirama tinggi rendah): ~ suara menyanyikan sebuah lagu asli; alunan 1. perihal (keadaan atau gerakan dsb) mengalun: olengan kapal, ~ gelombang menyebabkan kepalanya pening; 2. irama atau rentak tinggi rendah: ~ suara biduanita yg terkenal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |