omel /omél/, mengomel | mengeluarkan kata-kata yg berleret-leret (kerana memarahi seseorang dll); berleter; mencomel. mengomeli memarahi seseorang dgn mengeluarkan kata-kata yg meleret-leret; meleteri; mencomeli: Ibu itu sedang ~ anak lelakinya yg sering ponteng sekolah. omelan kata-kata yg diucapkan ketika mengomel; leteran. | Kamus Pelajar |
omel | /omél/; mengomel mengeluarkan kata-kata yg berleret-leret (kerana memarahi seseorang dll); berleter; mencomel. mengomeli memarahi seseorang dgn mengeluarkan kata-kata yg meleret-leret; meleteri; mencomeli: Ibu itu sedang ~ anak lelakinya yg sering ponteng sekolah. omelan kata-kata yg diucapkan ketika mengomel; leteran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
omel | (omél); mengomel marah dan merepek, bersungut-sungut, meleter, mencomel, menggerutu: jika aku mandi lebih drpd lima gayung, induk semangku akan ~ panjang; mengomeli memarahi, memberangi, menggusari; mengomeli memarahi, memberangi, menggusari; mengomelkan mengomel tentang: sekali-sekala terdengar isterinya ~ hawa panas; omelan gerutu, comelan, leteran, sungutan; pengomel orang yg suka mengomel, peleter | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rungut | leter, gerutu, omel, sungut: “Keras sangat,” demikian ~ nenek; merungut, berungut berleter, bersungut, menggerutu, mengomel: ia mendongak ke atas sambil ~ kerana bising; kelambatan balik dr menoreh sudah menjadi kebiasaanku, tidaklah ibuku berungut lagi; merungut-rungut bersungut-sungut, mengomel-omel: pendayung itu ~ kerana wang yg diterimanya itu tidak mencukupi; merungutkan merungut mengenai, bersungut sebab: suaminya ~ bahawa gadis-gadis sekarang terlalu pandai berjinak-jinak dgn lelaki; Salmiah merungut-rungu rungutan 1. perbuatan merungut: Hayati menyesal apabila disedarinya ~ itu tidak adil; 2. omelan: ia sedar ~nya sudah pun sampai ke pengetahuan yg berkuasa;tkan keburukan rumah yg disewa; apa hendak dirungutkan, bukan jodoh engkau; perungut orang yg suka merungut, peleter, pengomel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sungut leter | gerutu, omel, rungut, comel: muka masam dan ~ pd tiap-tiap hari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ngomel | (ngomél) mengomel; ® omel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sungut II | = ~ leter gerutu, omel, rungut, comel: muka masam dan ~ pd tiap-tiap hari; bersungut, bersungut-sungut mengomel, menggerutu, merungut, mencomel: sbg melepaskan perasaan, mereka ~ dan menyumpah-nyumpah dr belakang; menyungutkan bersungut tentang (sesuatu): mereka akan terasa kehilangan kalau tidak ada peraturan utk disungutkan; sungutan kata-kata dsb yg melahirkan perasaan tidak puas hati (tidak suka dsb), omelan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merungut-rungut | bersungut-sungut, mengomel-omel: pendayung itu ~ kerana wang yg diterimanya itu tidak mencukupi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |