Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
semang; anak ~ 1 orang yg bekerja pd orang lain (spt orang gaji); orang yg bekerja pd orang lain kerana terikat oleh hutang dll. 2 orang yg menumpang makan dan menumpang tempat tinggal. 3 orang yg diberi modal utk berdagang; orang yg menjual barang dagangan utk orang lain. induk ~ a. orang yg mengambil orang lain utk bekerja. b. orang yg memberi tumpangan (makan minum dll). c. orang yg memberikan modal utk berdagang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sesiapa1 orang-orang mana: Ada ~ yg dipanggilnya? 2 siapa pun; siapa juga: ~ tidak boleh masuk ke sana. ~ yg didapati bersalah akan dihukum.Kamus Pelajar Edisi Kedua
siapa-siapa1 orang-orang mana: Ada ~ yg dipanggilnya? 2 siapa pun; siapa juga: ~ tidak boleh masuk ke sana. ~ yg didapati bersalah akan dihukum.Kamus Pelajar Edisi Kedua
anak semang1 orang yg bekerja pd orang lain (spt orang gaji); orang yg bekerja pd orang lain kerana terikat oleh hutang dll. 2 orang yg menumpang makan dan menumpang tempat tinggal. 3 orang yg diberi modal utk berdagang; orang yg menjual barang dagangan utk orang lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perutusan1 kumpulan wakil; orang-orang yg diutus; delegasi. 2 berita dll yg diutus. 3 ucapan orang-orang besar pd hari-hari yg penting; pesanan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
siapa1 kata utk menanyakan orang yg mana atau utk menanyakan nama orang: ~ yg bernyanyi tadi?. ~ nama kamu? 2 kata utk menyebut orang secara umum: ~ yg makan cabai, dialah yg berasa pedas. siapa-siapa, sesiapa 1 orang-orang mana: Ada ~ yg dipanggilnya? 2 siapa pun; siapa juga: ~ tidak boleh masuk ke sana. ~ yg didapati bersalah akan dihukum.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tahanan1 orang, barang dll yg ditahan: Kerajaan membantu dan memberi layanan dgn baik kpd anak dan isteri orang-orang ~ politik. 2 tempat menahan orang; penjara: Dia telah dimasukkan ke dlm ~ selama sebulan. 3 tindakan menahan (dlm penjara dll): Beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah suatu masa dahulu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perlindungan1 perbuatan atau hal berlindung. 2 bantuan; pertolongan: Orang-orang kaya patut memberikan ~ kpd orang-orang susah. 3 tempat bersembunyi atau tempat berlindung: Apabila semboyan berbunyi, kami berlari mencari lubang ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
petualang1 orang yg bertualang; orang yg tidak tentu tempat tinggalnya; orang yg mengembara. 2 orang yg mendapatkan sesuatu dgn cara menipu atau dgn cara yg tidak jujur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
orang1 manusia (sbg dirinya sendiri): Tadi ada ~ yg menelefon anda. Keretanya ada, ~nya tidak ada. 2 diri manusia sbg kata ganti nama diri ketiga secara umum: Jangan suka mendengar cakap ~. 3 penjodoh bilangan bagi manusia: Lima ~ pekerja telah dipecat. 4 manusia yg berasal dr sesebuah daerah atau negeri: Saya ~ Kedah. 5 bangsa; kaum: ~ Melayu; ~ Iban. 6 = ~ lain manusia lain; bukan diri sendiri: Ini kereta ~, bukan kereta saya. ~ asing orang yg berasal dr negara lain. ~ asli penduduk asal sesebuah negeri. ~ awam a. rakyat biasa; khalayak ramai. b. bukan anggota ten­tera; orang preman. ~ besar a. orang yg besar tubuh badannya. b. orang dewasa. c. orang yg berpangkat tinggi. ~ bukit orang yg tinggal di bukit. ~ gaji orang yg bekerja di rumah orang lain. ~ hutan a. orang yg tinggal di hutan. b. monyet besar berwarna coklat ke­­me­rah-merahan yg mempunyai tangan yg panjang, Pongo pygmaeus. ~ ke­­banyakan orang biasa (bukan orang bang­sawan, bukan orang berpangkat dsb). ~ ramai khalayak ramai; umum. ~ tengah a. orang yg bertindak menjadi pendamai antara orang-orang atau antara dua pihak yg berbalah. b. orang yg menjadi perantara antara pengeluar barang-barang dgn pengguna. c. orang yg menjadi perantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll. ~ tua a. orang yg sudah tua. b. ibu bapa. c. = ~ tua-tua orang yg dianggap tua dan berpengalaman. ~ upahan orang yg diupah utk melakukan sesua­tu (biasanya melakukan hal-hal yg tidak baik). orang-orang, orang-orang­an sesuatu yg dibuat spt orang; patung; boneka: Ayah meletakkan ~ di tengah sawah utk menakutkan burung supaya tidak memakan buah padi. berorang ada orangnya: Rumah itu tidak ~. seorang 1 satu orang. 2 sendiri. seseorang mana-mana orang; sesiapa. berseorangan, berseorang dgn cara seorang-seorang; seorang diri. keseorangan terasing (tinggal) seorang diri; terpencil seorang: Sejak isterinya meninggal, dia selalu berasa ~. perseorangan hal-hal mengenai se­orang; dgn cara berseorang (lw bere­gu): johan ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas