orang belakang | a) bp isteri; b) orang yg akan datang (lahir) kemudian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang datang | keturunan atau angkatan yg akan datang, orang belakang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
di balik belakang(an) | di belakang orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemudian | 1. selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dll), belakangan: orang-orang yg datang ~ tidak mendapat tempat duduk; adiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~; ~ drpd selepas, sesudah; 2. belakang hari, (suatu) masa yg akan datang, kelak: perompak-perompak itu akan diberkas juga ~; fikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~; ~ hari belakang hari, kelak; hari ~ a) = kelak ~ masa yg akan datang; b) hari kiamat; 3. = ~ drpd itu selepas (sesudah) itu, pd suatu waktu yg lain (sesudah sesuatu kejadian dll): pasukan polis ~nya telah menemui kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; mengemudiankan 1. meletakkan (menaruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yg lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dll) di belakang atau selepas sesuatu lain yg lebih penting dsb: kerja-kerja yg penting didahulukan dan yg kurang penting dikemudiankan; 2. menangguhkan, menunda, mengundurkan: ~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu; terkemudian selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kokko | Kd 1. pikul (budak) di atas belakang; 2. duduk di atas belakang orang yg memikulnya (bkn budak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kudian | Mn kemudian, (ter)akhir, belakang: mereka yg datang ~ tidak mendapat tempat; mengudian berjalan (menyertai) di belakang, ikut (turut) di belakang: dia tak pernah datang bersama mereka melainkan ~ saja; mengudiankan 1. mengemudiankan, membelakangkan, meletakkan di belakang: orang yg datang lambat dikudiankan; 2. menangguhkan (menunda) pekerjaan; terkudian terkemudian, yg di belakang sekali, yg terakhir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dukung | ; kain ~ kain utk mengendong anak. berdukung duduk bercelapak di pinggang atau di belakang orang: Budak itu tidak mahu berjalan kerana ia hendak ~. mendukung 1 membawa di pinggang atau di belakang: Dia ~ anaknya yg kecil dan memimpin anaknya yg besar. 2 mempunyai sesuatu matlamat dan berusaha utk mencapainya: Pertubuhan itu ~ cita-cita mempersatukan segala kaum. dukungan 1 sesuatu yg didukung: Dia meletakkan ~nya lalu berehat sebentar. 2 tempat mendukung pd tubuh (spt pinggang atau belakang): Bayi itu terlena di atas ~nya. pendukung 1 orang yg mendukung seseorang atau sesuatu; penggendong. 2 orang atau sesuatu pertubuhan, persatuan dll yg mendukung cita-cita dsb: Parti itu merupakan ~ utama cita-cita kerajaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
balik pembelakangan | di belakang orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdukung | duduk bercelapak di pinggang atau di belakang orang: Budak itu tidak mahu berjalan kerana ia hendak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengudiankan | 1. mengemudiankan, membelakangkan, meletakkan di belakang: orang yg datang lambat dikudiankan; 2. menangguhkan (menunda) pekerjaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |