audit dalam | = ~ dalaman pemeriksaan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri utk memastikan bahawa organisasi dikendalikan dgn betul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanda aras | ist piawai yg digunakan utk membandingkan prestasi dsb sesebuah organisasi dgn prestasi dsb organisasi pesaing, dgn tujuan utk memperbaik prestasi organisasi tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanda aras | tanda aras 1. (Tadb) sesuatu (piawai) yg digunakan utk membandingkan prestasi atau keluaran sesebuah organisasi dgn prestasi atau keluaran organisasi pesaing, dgn tujuan utk memperbaik mutu atau prestasi organisasi yg berkenaan; 2. (Geog) tanda rujuk yg digunakan sewaktu menjalankan tinjau selidik topografi; penandaarasan perbuatan menentukan tanda aras. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
organisasi fail(file organization) | 1. Cara fail disusun dalam storan komputer. 2. Cara rekod atau data disusun dalam fail. | Kamus Komputer |
organisasi penggunaan(application organization) | Struktur organisasi projek yang digunakan dalam kejuruteraan perisian untuk mengumpulkan projek perisian penggunaan yang sama di bawah satu sistem pentadbiran. | Kamus Komputer |
penginstitusian | perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau organisasi: kelompok sains itu mempunyai beberapa ciri khusus yg memungkinkan ~ kaedah sains. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
agensi | (agénsi) 1. organisasi perniagaan dsb yg mengendalikan sesuatu perkhidmatan: ~ pekerjaan; ~ pembantu rumah; 2. pejabat ejen; 3. organisasi pentadbiran kerajaan; ~ pelancongan badan atau syarikat yg menyediakan perkhidmatan pelancongan tertentu, spt menguruskan penempahan tiket pengangkutan, memberikan maklumat destinasi percutian dsb utk orang ramai yg ingin melancong; ~ penarafan badan yg membuat penilaian tentang kedudukan, keutuhan kewangan dsb sesebuah syarikat, institusi, atau individu serta memberikan taraf kedudukan tertinggi, sederhana, atau terendah mengikut merit masing-masing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seranta | ; pegawai ~ pegawai yg tugasnya mewujudkan dan memelihara hubungan baik antara organisasi (institusi dsb) yg dianggotai-nya dgn orang ramai serta meningkatkan dan memelihara imej organisasi (institusi dsb) yg berkenaan (dgn menyebarkan maklumat dll); penulis ~ penulis yg memberitahukan (hal-hal yg tertentu spt iklan dll) kpd orang ramai; menyerantakan memberitahukan kpd khalayak ramai, memaklumkan, mengumumkan: maka bentara pun menyuruh orang ~ mak-lumat supaya orang bersuka-sukaan empat puluh hari empat malam kpd segala daerah Acheh; serantaan yg berkaitan dgn hubungan antara organisasi (institusi dsb) dgn orang ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
organisasi | kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan: ~ kaum wanita; ~ politik; berorganisasi mempunyai organisasi, tersusun dgn baik dan rapi: kaum tani mulai ~ dlm gerakan pertahanan rakyat; kejayaan hidup berkeluarga bergantung pd kejayaan dirinya hidup ~; keganasan yg dilakukan secara ~; mengorganisasikan mengatur dlm organisasi, menyusun menjadi kesatuan dsb yg teratur: ~ badan politik; pengorganisasian perihal (proses) mengorganisasikan sesuatu: institusi itu menitikberatkan ~ ilmu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
organisasi | susunan berbagai-bagai bahagian (orang dsb) yg bersistem dlm sesuatu pertubuhan, perbadanan dsb dan mempunyai tujuan tertentu. mengorganisasikan menyusun dan mengurus berbagai-bagai bahagian (orang dsb) sehingga menjadi sebuah organisasi. | Kamus Pelajar |