orientasi | (oriéntasi) 1. arah aliran yg diikuti atau yg menjadi spt landasan bagi sesuatu pergerakan (perkembangan dll): sikap atau ~ intelektual tidak dapat dicapai hanya melalui latihan yg berdasarkan ilmu-ilmu kepakaran tertentu; 2. kegiatan (peninjauan dsb) yg menjadikan seseorang faham akan atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu keadaan baru (matlamat tertentu dll): pd hemat saya, tidak perlu memberikan ~ baru kpd pelajar-pelajar kita supaya tanggapan dan niat mereka belajar di universiti memenuhi harapan yg kita letakkan pd mereka; berorientasi melihat-lihat atau meninjau-ninjau dsb (agar lebih kenal, lebih mesra, lebih tahu atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu keadaan dll); berorientasikan mempunyai sbg orientasi, berasaskan sesuatu orientasi: industri-industri yg ~ eksport; sistem pendidikan yg ~ peperiksaan; sebuah karya Melayu yg ~ tradisi Arab; strategi ekonomi yg ~ pertumbuhan; mengorientasikan menyesuaikan (menyelaraskan dsb) kpd sesuatu atau utk mencapai sesuatu: diperlukan latihan semula atau latihan dlm perkhidmatan utk ~ semula pemikiran dan pengetahuan mereka; keseluruhan sistem pendidikan mestilah diorientasikan utk menggalakkan pertumbuhan sifat-sifat motivasi dan disiplin di kalangan para pelajar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orientasi | /oriéntasi/ suai kenal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berorientasikan | mempunyai sbg orientasi, berasaskan sesuatu orientasi: industri-industri yg ~ eksport; sistem pendidikan yg ~ peperiksaan; sebuah karya Melayu yg ~ tradisi Arab; strategi ekonomi yg ~ pertumbuhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reorientasi | (réoriéntasi) orientasi semula, penyesuaian semula: semua ini memerlukan ~ dlm cara bekerja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kegusaran | perihal gusar, kemarahan: sepanjang minggu orientasi itu berjalan, penuntut-penuntut baru sering berada dlm keadaan ketakutan, kegusaran dan tidak tenteram. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghipotesiskan | membuat atau menganggap sesuatu sbg hipotesis: kaitan keadaan dgn orientasi atas dasar yg dihipotesiskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suai kenal | menyesuaikan diri (dgn sesuatu keadaan yg baru) serta berkenal-kenalan dgn rakan sejawat dll, orientasi: minggu ~ kenal sudah menjadi program tradisi yg diamalkan di pusat-pusat pengajian tinggi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suai I | ; ~ kenal menyesuaikan diri (dgn sesuatu keadaan yg baru) serta berkenal-kenalan dgn rakan sejawat dll, orientasi: minggu ~ kenal sudah menjadi program tradisi yg diamalkan di pusat-pusat pengajian tinggi; bersuai bersesuaian; ®sesuai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hipotesis | (hipotésis) sesuatu pendapat yg dianggap benar sbg alasan walaupun kebenarannya masih belum dibuktikan; menghipotesiskan membuat atau menganggap sesuatu sbg hipotesis: kaitan keadaan dgn orientasi atas dasar yg dihipotesiskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |