berpacu | 1. ada pacunya, memakai pacu; 2. digertak dgn pacu supaya berlari deras; 3. berlumba lari dll; ~ kuda berlumba kuda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pacu | 1. besi tajam atau bulat bergigi-gigi yg dilekatkan pd tumit kasut (dipakai utk mencepatkan kuda berlari); 2. (Komp) tindakan menggerakkan atau melaksanakan perisian atau perkakasan; 3. (Komp) tindakan menyalurkan data atau isyarat dr satu titik ke titik yg lain; berpacu 1. ada pacunya, memakai pacu; 2. digertak dgn pacu supaya berlari deras; 3. berlumba lari dll; ~ kuda berlumba kuda; memacu 1. menggesa (kuda) dgn menusukkan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumbakan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (ekonomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat, memesatkan: beberapa strategi utk ~ pertumbuhan ekonomi negara; mereka berjaya menggunakan pengetahuan dan pengalaman utk ~ perniagaan masing-masing; pacuan 1. perlumbaan (kuda, sapi, dll); anak ~ penunggang kuda lumba, joki; kuda ~ kuda lumba; 2. tempat atau padang perlumbaan (kuda dll); 3. yg dipacu oleh: kenderaan ~ empat roda; ~ empat roda sistem kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya berkuasa menggerakkan kenderaan; pemacuan perihal (proses, perbuatan, tindakan dsb) memacu: penguasaan teknologi maklumat serta ~ pertumbuhan ekonomi negara; ~ kuda; pemacu 1. faktor (unsur dsb) yg memacu (memesatkan sesuatu kegiatan, pembangunan dsb): hasrat kerajaan utk menjadikan pertanian sbg salah satu ~ ekonomi negara; syarikat itu diiktiraf sbg kuasa ~ yg membawa banyak kemajuan teknologi; 2. (Komp) perkakasan atau perisian yg menggerakkan perkakasan atau perisian lain: jika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti memasukkan disket ke dalamnya; ~ cakera peranti perisian ingatan komputer yg digunakan utk menyimpan dan mendapatkan kembali data pd cakera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pacu(drive) | 1. Tindakan menggerakkan atau melaksanakan perisian atau perkakasan. 2. Tindakan menyalurkan data atau isyarat dari satu titik ke titik lain. | Kamus Komputer |
pacu | besi tajam atau roda bergerigi yg dipakai pd tumit kasut utk menggesa kuda berlari. memacu 1 menggesa kuda dgn pacu supaya kencang larinya: Ketika itu juga Nikman ~ kudanya, pergi memeriksa pasukan askarnya. 2 mengencangkan perjalanan kereta, motosikal dll: Dia ~ keretanya di medan perlumbaan. pacuan 1 perlumbaan berlari. 2 tempat perlumbaan kuda. | Kamus Pelajar |
pacu | 1 besi tajam atau roda bergerigi yg dipakai pd tumit kasut utk menggesa kuda berlari. 2 ist tindakan menggerakkan atau melaksanakan perisian atau perkakasan. 3 ist tindakan menyalurkan data atau isyarat dr satu titik ke titik yg lain. memacu 1 menggesa kuda dgn pacu supaya kencang larinya: Ketika itu juga, Nikman ~ kudanya, pergi memeriksa pasukan askarnya. 2 mengencangkan perjalanan kereta, motosikal dll: Dia ~ keretanya di medan perlumbaan. 3 menggerakkan sesuatu kegiatan ekonomi, pembangunan dsb dgn lebih cepat atau pesat; memesatkan: Beberapa strategi telah dilaksanakan utk ~ pertumbuhan ekonomi. pacuan 1 perlumbaan berlari. 2 tempat perlumbaan kuda. 3 yg dipacu: Kenderaan ~ empat roda. pemacuan perihal, proses, perbuatan dsb memacu: ~ pertumbuhan ekonomi. pemacu 1 perkakasan atau perisian yg menggerakkan perkakasan atau perisian lain: Jika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti memasukkan disket ke dlmnya. 2 faktor, unsur dsb yg memesatkan sesuatu kegiatan, pembangunan dsb: Hasrat kerajaan adalah utk menjadikan pertanian sbg salah satu ~ ekonomi negara. ~ cakera bahagian pd komputer tempat cakera dimasukkan utk membolehkan maklumat pd cakera tsb dibaca atau utk membolehkan maklumat disimpan pd cakera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aci pacu | batang logam yg memacu dan menghubungkan satu bahagian dgn bahagian lain dlm kenderaan bermotor. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aci pacu | batang logam yg memacu dan menghubungkan satu bahagian dgn bahagian yg lain dlm kenderaan bermotor; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuda lumba (pacu) | kuda utk berlumba; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balap | Id lumba, pacu: kuda ~; sepeda ~ basikal perlumbaan; membalap berlari kencang, berlumba;balapan 1. pacuan, perlumbaan; 2. padang perlumbaan, gelanggang pacuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susuh | 3 pacu pd tumit kasut utk memacu kuda. | Kamus Pelajar |