padah | , = padahan 1 tanda atau alamat yg menunjukkan sesuatu; gelagat: Apa ~nya mimpi saya itu? 2 akibat yg kurang baik drpd sesuatu perbuatan: Perbuatanmu ini buruk ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
padah III | ; memadah menjemput: Pak Mat telah ditugaskan utk ~ semua orang kampung itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padah II | Mn akibat, imbangan, balasan: sekiranya tergelincir nescaya cedera ~nya; perbuatan ini buruk ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padah I | alamat atau tanda (sesuatu kejadian yg akan berlaku). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padah, = padahan | 1 tanda atau alamat yg menunjukkan sesuatu; gelagat: Apa ~nya mimpi saya itu? 2 akibat yg kurang baik drpd sesuatu perbuatan: Perbuatanmu ini buruk ~nya. | Kamus Pelajar |
konsekuensi | (konsékuensi) 1. akibat (drpd sesuatu perbuatan), kesudahan, padah; 2. keselarasan (kesesuaian) dgn yg sebelumnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naga-naga | Jk keadaan yg menjadi alamat atau tanda (akan baik buruknya), padah: kalau begini ~nya binasa kita semua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akibat | 1. kesan buruk drpd sesuatu peristiwa (perbuatan dll), kesudahan (yg tidak baik), padah: rakyat yg terpaksa menanggung pelbagai ~ peperangan; rumah tangga yg porak-peranda ialah antara ~ yg disebabkan oleh perjudian dan minuman keras; 2. disebabkan (didatangkan dsb) oleh, (sbg) kesudahan dr: kepalanya pening ~ minum arak; kerosakan besar harta benda ~ banjir; akibatnya akhirnya, hasilnya, kesudahannya: apakah ~ kalau kau terus berkelakuan begini? berakibat 1. berakhir dgn, berkesudahan: perkelahian itu ~ dgn kematian; 2. berpunca: suatu perbuatan yg ~ drpd yg lain; mengakibatkan mendatangkan akibat, menyebabkan terdapatnya atau berlakunya sesuatu peristiwa dll (yg buruk): serangan-serangan pengganas ~ beberapa anggota tentera keselamatan terbunuh; persengketaan yg mungkin ~ peperangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keterlanjuran | 1 perbuatan, perlakuan, kata-kata dsb yg terlanjur: Saya minta maaf atas ~ saya. 2 keadaan atau perihal terlanjur: ~ kata-katanya boleh membawa padah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
risiko | 1. kemungkinan atau bahaya kerugian, kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian: seorang sahaja yg menanggung ~ perniagaan ini; mengambil ~ melakukan sesuatu tanpa mempedulikan kemungkinan-kemungkinan bahaya; 2. akibat atau hasil yg kurang menyenangkan (drpd sesuatu tindakan dll), padah: mogok itu senang tetapi ~nya besar; berisiko mempunyai (menghadapi) risiko (bkn perniagaan, pelaburan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |