paduka | 1 alas kaki; kasut; sepatu. 2 gelaran utk orang-orang yg dimuliakan atau yg dihormati: Surat ~ ayahanda telah anakanda terima. Seri ~ Baginda; Bendahara ~ Raja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
paduka | 1. sl kasut, sepatu; 2. panggilan kpd sultan dan raja: Seri P~ Baginda Yang di-Pertuan Agong; 3. panggilan kpd orang yg dimuliakan: surat ~ ayahanda sudah anak-anda terima; 4. gelaran orang yg berpangkat (mulia-mulia dll): Bendahara P~ Raja; Dato’ P~; Imam P~ Tuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kahar II | Ar 1. kuasa: Paduka Marhum Mahkota Alam bersabda kepadanya dgn ~; yg Pahang itu menunjukkan ~nya kpd kita; 2. (menurut) sesuka atau sekehendak hati, sewenang-wenang: sangat ~ lakunya, menjadikan orang benci kepadanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paduka | 1 alas kaki; kasut; sepatu. 2 gelaran utk orang-orang yg dimuliakan atau yg dihormati: Surat ~ ayahanda telah anakanda terima. Seri ~ Baginda; Bendahara ~ Raja. | Kamus Pelajar |
membaikkan | 1. membuat jadi baik, memulihkan; 2. menganggap lebih baik: dia ~ kelakuan anaknya; 3. mendatangkan kebaikan (faedah dll) kpd; serta sepucuk surat diberi, ~ maksud paduka seri utk membawa faedah bagi maksud paduka seri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pacal I | 1. sl hamba kpd raja: paduka anakandalah akan ayahanda harap memelihara ahli-ahli ayahanda serta memelihara ~ Bugis itu; 2. kata ganti nama diri pertama (apabila bercakap dgn raja dll), patik: Tuanku terlalu baik kpd patik ~ yg hina papa ini; had itulah yg terbaca oleh ~ datuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berderet | 1. berbaris (yg satu di belakang atau di samping yg lain): Paduka Liku duduk ~ dgn Mahadewi; kanak-kanak sekolah berdiri ~ di sepanjang jalan raya itu; 2. = berderet-deret, berderetan berbaris (berjajar) panjang-panjang beruntun-runtun: mangsa kebakaran semalam, ~ berjalan ke tempat tumpangan mereka; 3. bp banyak (anak): dia mengaku dirinya masih bujang, tetapi anaknya ~ di rumah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepertinya | 1. jikalau, seandainya, sekiranya: ~ engkau diajak mahukah engkau pergi? 2. selayaknya, semestinya: maka oleh Paduka Bubunnya disuruhnya jemput surat itu dan disuruhnya arak dgn ~; 3. umpamanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
yang I | 1. (Lin) kata penghubung utk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan: rumah ~ besar itu; orang ~ sakit itu; 2. (Lin) kata penghubung utk menyatakan bahawa katakata (ayat) berikutnya ialah penjelasan utk kata-kata sebelumnya: banyak orang ~ ingin bersalam dengannya; 3. kata yg digunakan sbg kata penyerta, kata yg menentukan kata benda, kata sandang: ~ penting bagi kita ialah mengenai dasar; ~ kaya sama kaya; 4. sl adapun akan: ~ hutang tuan hamba sekati emas itu halallah dunia akhirat; 5. bp kata peng-hubung utk menyatakan isi atau huraiankata (ayat) sebelumnya, bahawa: mengertilah cikgu itu ~ pandangan itu bermaksud meminta nasihat; Y~ Amat Arif rujukan kehormat utk Ketua Hakim Negara (dlm situasi formal, spt di mahkamah dsb); Y~ Amat Berbahagia rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tun dan Toh Puan; Y~ Amat Berhormat rujukan kehormat yg digunakan utk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar; Y~ Amat Mulia rujukan kehormat yg digunakan utk Undang (luak di Negeri Sembilan); Y~ Arif rujukan kehormat yg digunakan utk Hakim (pd situasi yg formal spt di mahkamah dsb); Y~ Berbahagia rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato’, Datuk dan Datin (yg bukan wakil rakyat); Y~ Berhormat rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri; Y~ Berhormat Mulia rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri yg berketurunan raja; Y~ Dipertua orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu persatuan (perkumpulan dll); Y~ Dipertua Negeri gelaran utk ketua negeri bagi Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak; Y~ Dipertuan gelaran utk raja yg memerintah, sultan, tuanku; Y~ di-Pertuan Agong gelaran utk Ketua Negara Malaysia; Y~ Maha Kuasa Tuhan, Allah; Y~ Maha Mulia rujukan kehormat utk sultan atau raja yg memerintah; Y~ Mulia rujukan kehormat utk mereka yg bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu; Y~ Teramat Mulia rujukan kehormat utk keluarga diraja yg terdekat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hadrat | Ar 1. hadapan (Allah, Nabi, raja): hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu ke ~ Allah Taala; datang ke ~ paduka anakanda Seri Sultan Alauddin Riayat Shah; 2. majlis (perjumpaan) yg berhubungan dgn agama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |